Sunday, August 8, 2010

Tuesday, August 3, 2010

~ Kawan @ Sahabat ???? ~

"Janganlah engkau mengikuti orang yg telah Kami lupakan hatinya untuk mengingat-ingat (berzikir) pada Kami dan ia suka mengikuti hawa nafsunya."
surah Kahfi ayat 29

Jika mencari teman.carilah sahabat yang mampu menjadi cermin kepada kebaikan dan keburukan diri. Jika kita memilih sahabat yang terlalu cintakan dunia dan mementingkan hawa nafsunya maka sahabat itu lambat laun akan merugikan kita.


Sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang yg ingin kita jadikan sahabat bolehlah kita contohi daripada wasiat yang diberikan oleh al-Qamah kepada anaknya.......

Katanya : Hai anakku, jikalau engkau rasa perlu bersahabat dengan seseorang maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini iaitu :

  • Jikalau engkau melayaninya, ia suka melindungi.
  • Jika engkau bersahabat dengannya, ia akan merupakan hiasan dirimu.
  • Jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu.
  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menghitung-hitungkan.
  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganuntuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, dan dianggap sangat berguna, sedangkan jikalau iamengetahui tentang tungkan keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya.
  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya,pasti ia memberi, jikalau engkau diam, ia mulai menyapamu dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yg menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja.
  • danJikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat, ia suka mengusahakannya jikalau engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu.

Tuesday, July 27, 2010

~ Dimulakan dengan Bismilah .. disudahi dgn Alhamdulillah~


Hari ini penulis ingin berkongsi tentang cerita syaitan yang bernama Khanaz.

Cerita nya macam nie.Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi.Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak cucu Adam, dok pikir2 cana nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhanAllah.


Suatu hari Ibu Syaitan nie.tengah dok pikiaq cara-cara untuk mengenakan anak cucu Adam"....dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz. Lalu di panggilnya "Khanaz....mari sini ikut mak...". Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa.

Dengan Takdir Allah, setelah mereka tiba di rumah Nabi Adam, Nabi Adam baru saja meninggal kan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah. Pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.." Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik" Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan.

Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapanie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanitamenyuruh kita menjaga anak ini." Adam berpikir dan " Ini mesti anakSyaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita...". "Apa harus kita lakukan sekarang..?"tanya Hawa pada Adam.

Nabi Adam berkata "Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi2 daging
nya di pokok luar rumah kita... Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampakdan tahu anak nya sudah tiada. Hawa hanya menuruti kata suaminya.


Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi

ketika Nabi Adam sudah keluar pergi kerja.

"Mana anak aku..."Tanya Ibu syaitan pada Hawa,
Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan "Anak kamu......, Semalam Adam

pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan... lalu sudah kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar sana" terang Hawa. "Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau. Kemudian Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya "Khanazzzzz....!!!"
Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali.... dan Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya.


Apabila Adam pulang dan terlihat ah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku.
"Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam. "Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa.."Begini.. kita bakar anak Syaitan ini dan ..abu nya kita buangkan ke Laut,biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anaknya ini lagi..." terang Adam.

Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa.
"Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil
"Khanaz!!!"...kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali. Kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz. Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya.

"Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam. "Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa.
"Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam.


Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika
Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan.

"Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu..."jawab Hawa.
"Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin..
"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ˝Khanaz !!!
Iye Mak....jawab Khanaz dari dalam badan Hawa..
Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2 .. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.
Maka, duduklah Khanaz dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini sehingga hari kiamat.


Antara tugas Khanaz ialah:

  • Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum.Apa jer aktiviti kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
  • Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
  • Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer.."ubatnya banyak kan dengan BERISTIFAR
  • Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya...banyakkan Zikir...


Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini. baca BISMILLAH dan Doa.sekurang-kurangnya BISMILLAH.Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah. Dan mana yang suami Isteri tu sebelum BERSAMA. Baca lah doa2. nanti Khanaz dan the geng akan ikut serta. Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Ada...

Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was.

Walllahualam....

p/s: Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers