Tuesday, May 11, 2010

~ Majlis Berendoi, Berzanji & Cukur Jambul ~

Penulis telah berpeluang menghadiri dan menyaksikan sendiri upacara majlis berendoi dan majlis berzanji anak sepupu penulis. Majlis yang diadakan cukup sederhana namun cukup meriah. Adat berendoi atau buai bayi ini dipersembahkan sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran cahaya mata. Adat ini masih bergerak aktif di negeri Perlis, Kedah, dan Perak. Kebiasaannya, endui iaitu buaian yang disediakan untuk upacara ini dihiasi indah.


Inilah pertama kali penulis menyaksikan sendiri majlis berendoi dan dapat menghayati lagu yang dialunkan sepanjang majlis tersebut. Lirik lagu yang dialunkan memuji kebesaran Allah swt dan junjungan Nabi Muhammad s.a.w, menceritakan perihal susah payah ibu mengandung dan melahirkan anak dan juga nasihat dan peringatan kepada anak-anak.


Antara-antara bait-bait lirik yang masih diingati ialah:

Kami mula dengan Bismillah,
Menyebut kedua Alhamdulillah,
Pohon nikmat kepada Allah,
Mendapat syafaat Rasulullah..



setelah selesai majlis berendoi, maka tibalah masa untuk bercukur jambul. (mencukur rambut) anak sepupu telah dicukur rambutnya dan ‘dibelah mulut’ seiring nyanyian memuji Rasulullah (berzanji). Ketua keluarga dan ahli keluarga serta sahabat handai diberi peluang menggunting atau mencukur sedikit rambut bayi dan dicelupkan ke dalam kelapa yang berisi air mawar.



Di dalam Islam, amalan mencukur rambut bayi, menyembelih haiwan (akikah) dan memberinya nama pada hari ketujuh kelahirannya, hukumnya adalah sunat. Ia bersandarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Anak yang baru lahir menjadi tanggungan sampai disembelih baginya akikah pada hari ke tujuh kelahirannya. pada hari itu juga hendaklah dicukur rambutnya dan diberi nama.'' (Riwayat Ahmad dan Tirmizi). Namun pada hari ini, mencukur rambut itu dilakukan bersama-sama majlis lain seperti berendoi, marhaban, berzanji dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers