Wednesday, May 5, 2010

~ prasangka buruk ~

“Hati-hatilah kamu dari prasangka buruk, kerana sesungguhnya prasangka buruk itu dapat merosak ibadah”


kenapa kita perlu berprasangka buruk? manusia sering berprasangka buruk sesama manusia dan mudah menghukum dan mengeluarkan hukum. kadang-kadang turut berprasangka buruk atas apa yang telah ditetapkan oleh penciptanya.kita sering mengeluh dan persoalkan balik apa yang berlaku pada kita.


Hukum Daya Tarik mengatakan apa yang kita fikirkan akan menarik hal-hal lain yang difikir dan tanpa sedar, perkara buruk turut ditarik dan difikirkan



Dari segi agama, berprasangka buruk adalah sesuatu yang dilarang. Ia bukan saja boleh mengundang dosa malah kadang-kadang akan menambah buruk keadaan, dan menghalangi jalan untuk menuju kejayaan. Ini kerana tafsiran sesama manusia kadangkala boleh membawa kepada kebencian dan berprasangka buruk tanpa alasan yang munasabah.



Mulai sekarang mari kita perbaiki akhlaq kita. Mulakan dengan berprasangka baik terhadap orang lain dan diri sendiri. Jangan sesekali meragui kebolehan diri sendiri kerana setiap yang berlaku ada rahsia tersembunyi di sebaliknya.



Untuk menjadikan kita orang-orang yang kuat hati dan pegangan hidup, hendaklah kita berkumpul dengan orang-orang baik dan insya Allah kita akan tertukar menjadi orang yang baik.


Berkawan dengan ilmuan adalah untuk menuntut ilmu.
Berkawan dengan orang miskin adalah untuk menginsafi kekurangan diri.

No comments:

Post a Comment

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers