Saturday, May 15, 2010

~ Realiti vs Realiti TV ~


Budaya hedonisme atau budaya hiburan yang melampau semakin ‘menggila’ di kalangan remaja dan masyarakat kita. Kanak-kanak seawal usia 7 tahun hinggalah mereka yang sudah berusia berkejar-kejar untuk bergelar artis. Sesungguhnya tidak menafikan bahawa manusia memerlukan masa untuk berehat dan berhibur tetapi sekiranya hiburan yang dicari melalaikan dan disalahgunakan maka ia memberi kemudharatan.


Rancangan Realiti Hedonis (RRR), tidak langsung menyumbang kepada pembangunan minda golongan muda yang sepatutnya berusaha mencapai aspirasi kerajaan. Kelambakan RRH telah melalaikan golongan muda terutamanya golongan pelajar dan telah menyebabkan mereka lupa akan tanggungjawab utama mereka iaitu menuntut ilmu. Golongan muda pada hari ini lebih terjerumus kepada kehidupan mencari publisiti dan populariti.


Penulis paling tidak suka bila ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa RRH dapat mengukuhkan hubungan antara ahli keluarga kerana memberi peluang kepada setiap ahli keluarha duduk bersama dan menonton rancangan realiti yang ditayangkan. Bayangkan, jika seluruh ahli keluarga termasuk anak-anak yang masih bersekolah menonton televisyen pada waktu-waktu utama, bilakah pula anak-anak akan mempunyai masa untuk mengulangkaji pelajaran?Tidak hairanlah ramai anak-anak kita yang jauh ketinggalan sedangkan anak orang sedang sibuk, anak kita sibuk berhibur. Hinggakan pada satu tahap, bila ditanya apa hendak jadi selepas besar, anak kecil menjawab "nak jadi cam kak Siti, cantik dan menyanyi" :(


“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?” (Q.s. Al-An’am: 32).


p/s: Ke mana hilangnya budaya orang Melayu yang selama ini terkenal dengan sifat pemalu jika kita melakukan perkara-perkara devian. Kenapa perlu menangis dan berpeluk-peluk di khalayak ramai hanya kerana tersingkir atau tidak diterima???

No comments:

Post a Comment

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers