Wednesday, May 19, 2010

~ Luahan Hati Seorang Anak KEcil~

Ibu, anakmu ini ingin bertanya,

mengapa ini yang berlaku kepada diriku ibu?? ke manakah perginya janji-janji dan cinta Februari ibu??
Ibu ingat 14 februari yang lalu?


Malam itu ibu ada janji temu dengan seseorang. Ibu cakap dia cintakan ibu dan ibu juga cintakan dia. Benarkah semuanya itu ibu?

Ibu cakap malam itu merupakan malam yang paling indah dan membahagiakan. Dia puji dan puja ibu. Dia rayu dan belai ibu. Katanya cintanya hanya untuk ibu. Tapi benarkah ibu?
Ibu terkhayal dengan pujukannya. Ibu terbuai dalam bicaranya. Ibu terlena oleh bisikannya. Benarkah semua itu ibu?


Ibu tak kisah dia peluk ibu. Ibu izin dia sentuh jasad ibu. Ibu puas dapat buktikan setia ibu. Seperti apa yang dikatakan olehnya. Dia mahu bukti cinta dari ibu Tapi mengapa ibu beri padanya ibu?


Masa berlalu dengan pantas,Hari ini lepas 9 bulan, peristiwa bukti cinta ibu... Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil. Hari ini buah cinta kalian telah terzahir. Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir.
Tetapi kenapa dia tidak sama menyambut anaknya hasil bukti cintanya ini ibu?Ke mana dia? Mengapa dia tidak azankan anaknya ini ibu? Mengapa ibu juga membenci anakmu ini ibu? Bukankah anakmu ini semaian tanda cinta kalian? Mengapa ibu?


Tak terasakah sakit dan peritkah ibu? tak berbakikah kasih dan sayang ibu pada anakmu ini? Tidak lagi kah ibu berTuhan? Mengapa semua ini berlaku ibu?


Di manakah ibu akan meletakkan anakmu ini? Bagaimanakah dengan nasib anakmu ini ibu? Apakah yang perlu anakmu lakukan untuk ibu menerimaku? Adakah anakmu akan menerima nasib seperti mereka? Jangan lakukannya ibu. Cukupla sekali dosa yang telah dilakukan.....



p/s: peringatan kepada diriku jua. moga kita semua sentiasa dilindungi olehNya dan mendapat hidayahNya. Amin :)

Tuesday, May 18, 2010

~ Duit dalam Kehidupan~

"..........bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi. Dan beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari........"


Islam sangat menghargai kerja bahkan pekerjaan yang dilakukan dengan niat dan cara yang betul mampu mendatangkan pahala. Kerja tidak hanya menghasilkan nafkah material malah ia turut mendidik hamba Allah agar menjadi insan yang bersyukur.


Kerja sering dikaitkan dengan duit. Pencarian duit merupakan pekerjaan seharian yang dilakukan oleh hampir setiap manusia. Lihat sahajalah berapa banyak masa yang telah dihabiskan untuk memperolehi duit. Jangan jadi hamba duit. Duit bukan Tuhan nak disembah. Bukan ketua nak diikut. Bukan kekasih yang perlu dibelai 24 jam.


Namun, pada hari ini. Ramai manusia telah tengelam dan hanyut dalam arus kehidupan yang semakin menekan. Kesibukan manusia mencari duit telah memerangkap ramai manusia dan melalaikan mereka.Memang tidak dapat dinafikan bahawa hampir setiap masa dan saat kita memerlukan duit. Menggunakannya dengan pelbagai tujuan. Dari berbelanja dengan duit hinggalah bergaduh kerana duit. Tetapi adakah kita benar-benar tahu makna sebenar duit?

D. U. I. T.

D= DOA

U= USAHA

I= IKHTIAR

T= TAWAKKAL

Inilah duit yang sebenar yang diimpikan. Dan jangan lupa..keberkatan rezeki yg diperolehi tu amat penting....Biar sedikit namun penuh dengan keberkatan


Duit sememangnya amat penting dalam kehidupan kita. Tetapi, jika kekayaan itu menjadikan kita lupa diri, takbur dan tidak bersyukur dengan nikmat yang dipinjamkan oleh Allah lebih baik tak payah jadi kaya. Kerana dugaan menjadi kaya adalah lebih berat berbanding mereka yang miskin.



~ Cuci Hati ~

Hati atau dalam bahasa arab dipanggil “qal” bererti berubah-ubah. Hati diumpamakan sebagai raja manakala anggota badan lain dianggap sebagai pembantu-pembantunya. Hati boleh dibahagikan kepada 3 iaitu:
  1. hati baik - jujur, amanah dsb
  2. hati jahat - hasad dengki, khianat dll
  3. hati mati - tanpa arah tujuan

"Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahwa ia adalah hati"

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa hati memainkan peranan yang sangat bermakna dalam kehidupan seharian.Ini kerana hati adalah pengarah bagi pancaindera yang zahir. Jika baik hatinya maka baiklah perbuatannya dan sebaliknya.


Oleh itu, hendaklah kita mencuci hati agar hati sentiasa bersih dan kita disenangi orang sekeliling. Berikut ialah petua yang disarankan oleh pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Hj Fadzilah Kamsah.

- Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih" - Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

- Solat taubat - mohon diampunkan segala dosa.
- Memperbanykkan Membaca ayat-ayat suci Al-Quran - sekurangnya-kurangnya surah al-Ahad3x

- Bermaaf-maafan -
saban hari bersama orang-orang di sekeliling kita

- Bisikan perkara-perkara yang positif pada diri sendiri - jangan memandang rendah pada diri sendiri
p/s: Moga kita dapat amalkan & jadi yang lebih baik insya allah..amin :)

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers