Thursday, July 30, 2009

~ 10 SIFAT MAZMUMAH ~

1. BANYAK MAKAN - Makan dan minum yang berlebihan mengakibatkan malas, lemah dan banyak tidur ini menyebabkan kita lalai daripada ibdadah dan zikrullah.
2. BANYAK BERCAKAP - Banyak bercakap banyak salahnya, banyak salahnya banyak dosanya.
3. PEMARAH - Marah yang bukan pada tempatnya dan tanpa sebab yang munasabah.
4. HASAD - Ingin nikmat yang diperolehi oleh orang lain atau berpindah kepadanya dan berdukacita apabila orang lain mendapat kesenangan.
5. BAKHIL - Kedekut untuk membelanjakan harta ke jalan ALLAH dan untuk agamaNYA.
6. HUBBUL-JAH - Kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat boleh mengakibatkan pekerjaan seseorang itu tidak ikhlas dan mengakibatkan pergaduhan lantaran mengejar pangkat.
7. HUBBUDDUNIA - Gemarkan kesenangan dan kemewahan hidup, kesenangan duniawi yang membawa lupa daripada mengerjakan kewajipan kepada ALLAH.
8. TAKABBUR - Memandang dirinya lebih mahir dan orang lain rendah serta hina. Merasakan pendapatnya sahaja yang betul.
9. BANGGA DIRI - Timbul dalam hatinya bahawa dialah orang yang paling sempurna seperti pelajarannya, akhlaknya, kecantikannya dan lain-lain.
10. RIAK - Memperlihatkan atau menunjukkan amalan kepada orang lain. Semata-mata hanya kerana manusia, amalannya akan menjadi sia-sia saja.
p/s: Risalah ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebajikan Tunas Al'Quran (PERKATA).

No comments:

Post a Comment

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers