Wednesday, February 3, 2010

~ Web Rangkaian Sosial dan disebaliknya~

Pada "entry" yang lepas, penulis ada membincangkan hukum melayari web rangkaian sosial yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia terutama remaja. Antara yang laman web rangkaian sosial paling popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung. Manakala laman Friendster mencatatkan pengguna seramai 4.2 juta orang, diikuti oleh laman Myspace 2.1 juta orang dan laman Twitter seramai kira-kira 750,000 pengunjung.1


Terdapat perlbagai kebaikan yang boeh diperolehi daripada menjadi ahli web rangkaian sosial iaitu:
  • mengeratkan tali silaturahim sesama kita
  • mempertemukan sahabat yang telah lama terpisah
  • mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin
  • bertanya khabar dengan cara yang paling menjimatkan
  • mengaddakan perbincangan
  • nasihat menasihati
  • berkongsi pengalaman dan petua

Namun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa unsur negatif jika anda terlalu taksub dengan web rangkaian sosial. Antaranya ialah:

  • Buli - ruang komen diwujudkan pada catatan atau gambar. Ini telah membuka ruang berlakunya kejadian buli dan gangguan siber.
  • Pencerobohan maklumat peribadi - maktumat peribadi anda didedahkan kepada seseorang
  • Virus - peningkatan risiko perisian berbahaya (malware)
  • Salah laku Seksual - memerangkap gadis-gadis yang mudah dipujuk rayu. Bermula dengan sembang secara maya, lama kelamaan kemesraan yang terjalin membangkitkan 'keinginan' untuk bersua muka bagi mengeratkan lagi hubungan. Natijahnya, ibarat habis madu sepah dibuang, lelaki yang tidak bertanggungjawab meninggalkan gadis yang terpaksa mengandung anak hasil daripada keterlanjuran. atau dikenali sebagai 'cinta ekspres' maya.


Kebanyakan lelaki dewasa menggunakan Internet untuk mengganggu kanak-kanak atau remaja sehingga mengajak mereka melakukan hubungan seks.perogol siber menggunakan pelbagai perkakasan komunikasi dalam Internet seperti mesej ringkas, e-mel atau laman sembang untuk berjumpa dan memulakan hubungan intim dengan mangsa (Janis Wolak dari Universiti New Hampshire)2




-------------------------------------------------------------------------
1. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm
2. http://www.rahsiasiber.com/category/berita-siber/page/2

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers