Monday, July 20, 2009

KuLiaH 1 - KeDuDuKaN iLmU dLm IsLaM

Ilmu pengetahuan dlm kedudukan Islam adalah berdasarkan surah al-Alaq (Surah Al-'Alaq (سورة العلق) adalah surah ke-96 dalam Al Quran. Surah Al-'Alaq terdiri atas 19 ayat, termasuk golongan surah2 al-Makiyyah)


Surat Al 'Alaq menerangkan bahawa Allah menciptakan manusia dari benda yang hina kemudian memuliakannya dengan mengajar membaca, menulis dan memberinya pengetahuan. Tetapi manusia tidak ingat lagi akan asalnya, kerana itu dia tidak mensyukuri nikmat Allah itu, bahkan dia bertindak melampaui batas kerana melihat dirinya telah merasa serba cukup.

Ilmu adalah suci krn ia sumber dr Allah & hierarki ilmu y tertinggi ialah mengenal Allah.....
Asal usul ilmu - ilmu merupakan sesuatu y kudus, suci, mulia


PEMBAHAGIAN ILMU DLM ISLAM (hierarki ilmu)
- ilmu y dipelajari perlulah dikaitkan dgn Allah.....

al-Khindi membahagikan ilmu kpd 2:
1. teoritikal (matematik)
2. pratikal (akhlak, pengurusan rumah, pengurusan bndr)
selain itu, al-Khindi turut mengatakan ilmu Tabii & ilmu metafizik(beyond fizikal)

Ibnu Sina membahagikan ilmu kpd 2:
1. Ilmu Abadi
a) Teoritikal - ilmu alam semulajadi, matematik, metafizik
b) Sementara - akhlak, pengurusan rumah, pengurusan bndr & syariah
2. Ilmu Sementara

Imam Ghazali membahagikan ilmu kpd 2:
1. Ilmu Zahir - ibadat (adat2 kebiasaan)
2. Ilmu Batin - Dalaman (spiritual - menyelamatkan @ membinasakan)
Imam Ghazali jg membahagikan ilmu kpd 2:
1. Ilmu Syairiyah - al-Quran, Sunnah, Ijmak, Fiqah
2. Ilmu Akliyah - dunia & akhirat



- Ilmu berkaitan dgn amal- bertindak bdsrkan ilmu y dimiliki
- ilmu ada kaitan dgn etika & nilai
- ilmu dikaitkn dgn al-Hikmah (kebijaksanaan)- Lawan kpd ilmu ialah kejahilan @ kebebalan

No comments:

Post a Comment

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers