
Sejarah telah menunjukkan bahawa bekerjasama dalam satu pasukan mampu memperolehi kejayaan. Rasulullah s.a.w. telah berjaya mengubah struktur organisasi Jahiliyah kepada yang beriman iaitu perubahan daripada kufur kepada penyembahan Yang Esa saja.Rasullullah tidak melakukannya sendirian sebaliknya bersama-sama para sahabat yang beriman secara berperingkat. Dari secara bersembunyi sehinggalah kepada terang-terangan....Kita juga boleh mengaplikasikan kejayaan yang telah ditunjukkan oleh Nabi itu dalam bekerja iaitu bekerja secara istiqamah.Melakukan kerja-kerja harian dengan niat Lillahitaala..dan juga untuk memajukan diri sendiri....insyallah, hasil yang baik akan tersemai juga....
Bekerja dan berusaha secara berkelopok atau berorganisasi ini merupakan sesuatu yang tabii bagi manusia. kata Bapa Sosial "manusia adalah masyarakat yang berkelompok". Oleh itu, manusia adalah saling memerlukan dan saling melengkapi. Bekerja secara berkumpulan mampu mendatangkan hasil yang jauh lebih baik daripada kerja secara individu.

Walaubagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa bekerja dalam kumpulan mempunyai beberapa cabaran yang perlu dihadapi berbanding bekerja secara indivdu. Justeru, untuk memastikan kelestariann dan kejayaan dalam sesebuah organisasi memerlukan "guide line" @ peraturan asas organisasi yang dapat difahami dan diaplikasi oleh setiap individu dalam organisasi tersebut.
No comments:
Post a Comment