Thursday, August 20, 2009

~ ProPoSaL ~

Tiba-tiba penulis rasa sangat takut.Hari penyerahan tajuk disertasi telah semakin dekat dan penulis merasakan ada beberapa masalah teknikal yang penulis harus hadapi. Pada mulanya, penulis ingin membuat kajian tentang Koperasi namun ada halangan yang telah melanda yang telah menyebabkan penulis mengubah skop kajian penulis.
Setelah bertanya dan mencari maklumat, akhirnya penulis telah memikirkan satu tajuk baru iaitu "Satu analisis kajian kes: Pengurusan Pembangunan Rohani dan Akhlak Anak-anak Yatim Islam di Pulau Pinang"
Islam amat menititikberatkan penjagaan hak anak yatim agar ianya terpelihara. Seperti Firman Allah yang mengingatkan kita agar menjaga hak anak yatim.
  • Al-Maaa’uun : Ayat 1-2 : “ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim
  • Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik(untukmengawaldan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :"Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya). (Hadis Riwayat Al-Bukhari juga meriwayatkan daripada dari Sahl bin Saad r.a)

Pernyataan Masalah: Anak yatim memerlukan tempat perlindungan bagi memastikan mereka mendapat perlindungan yang sepatutnya. Namun, yang menjadi persoalan di sini adalah apakah kaedah yang diamalkan oleh pihak pengurusan rumah anak yatim dalam pembangunan rohani dan akhlak anak-anak yatim tersebut? Adakah mereka mengamalkan kaedah pengurusan Islam atau konvensional dalam mengurus anak-anak yatim?


Objektif kajian:
  1. Untuk mengenalpasti kaedah pengurusan rumah anak-anak yatim Islam di Pulau Pinang.
  2. Untuk mengenalpasti kaedah pembangunan rohani dan akhlak anak-anak yatim Islam Pulau Pinang.

Persoalan Kajian:

Apakah kaedah pengurusan yang digunakan oleh pihak pengurusan Rumah Anak-anak Yatim Islam di Pulau Pinang?

  1. Adakah kaedah pengurusan yang diamalkan di rumah anak yatim tersebut selaras dengan kaedah pengurusan Islam?
  2. Apakah kaedah yang diamalkan oleh pihak pengurusan dalam mengurus dan membangunkan rohani dan akhlak anak-anak yatim.

Metodologi Kajian:

  1. Sorotan Karya
  2. Temu bual

Skop dan Batasan Kajian: Kajian ini tertumpu kepada rumah anak yatim terpilih iaitu di negeri Pulau Pinang.

p/s: penulis memerlukan pendapat rakan-rakan bagi menambah baik cadangan penulisan ini...tolong-tolongla komen huhuhu

1 comment:

  1. Assalamualaikum Sdri Raidah

    Proposal tu dah ok. Cuma kalau hendak boleh dibaiki lagi seperti berikut:

    1. Tajuk disertasi : lebih molek kalau tajuk begini: "Pengurusan Pembangunan Rohani dan Akhlak Anak-anak Yatim Islam di Pulau Pinang : Satu Analisis".
    2. Sebab kalau sebut kajian kes, metodologinya haruslah dipilih kajian kes, tak boleh temubual.
    3. Elok ditambah objektif kajian kepada 3 iaitu untuk menganalisis keselarian antara pengurusan pembangunan rohani dan akhlak yang diamalkan dengan pengurusan Islam.
    4. Objektif 1 lebih elok disebut sebagai " apakah bentuk", bukan kaedah. Sebabnya kaedah sangat luas. Bentuk lebih kecil skopnya.
    4. Elok ditambah persoalan kajian

    Persoalan Kajian 1 ditambah :
    a). Apakah bentuk pengurusan yang diamalkan di rumah anak yatim ini ?
    b). Bagaimanakah kedudukan sumber manusia, carta organisasi dan stuktur pentadbiran organisasi ini ?

    Persoalan Kajian 2 ditambah :
    a). Apakah program dan aktiiviti pembangunan rohani dan akhlak yang telah dijalankan ?
    b). Bagaimanakah cara penglibatan pelajar-pelajar dalam program pembangunan rohani dan akhlak yang telah dijalankan ?

    7. Persoalan kajian 1 dijadikan persoalan kajian 3 dalam objektif 3.

    Sekian, terima kasih. Wassalam.

    ReplyDelete

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers