Islam menuntut setiap muslim berlaku ihsan terhadap segala apa yang dikerjakan dalam kehidupan hariannya, tidak kira dalam hal ibadah khusus seperti solat,puasa dan zakat atau dalam melaksanakan ibadah umum seperti menuntut ilmu malah ihsan dituntut dalam semua perkara yang dikerjakan oleh muslim. Ini selari dengan apa yang telah diriwayatkan oleh Muslim “ sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan atas segala sesuatu” dan “katakanlah, bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada ( Allah ) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya apa yang telah kamu kerjakan “ ( Surah at-Taubah ayat 105 )
Ketidakpekaan terhadap budaya kerja di kalangan pekerja Muslim telah menyebabkan pekerja terlupa tujuan utama mereka bekerja dan cara untuk meningkat mutu kerja Sehubungan dengan itu, pekerja Muslim seharusnya berusaha meningkatkan prestasi kerjanyanya selaras dengan peningkatan penghayatan konsep bekerja secara Islam kerana Islam melihatnya sebagai satu tuntutan yang positif dan dinamik yang mampu menjana budaya kerja yang cemerlang.
------------------------------------------------------------
Faktor-faktor yang menyebabkan bekerja secara ihsan
1. Muraqabatullah
Muraqabatuulllah ialah kesedaran bahawa dirinya sentiasa diawasi dan diperhatikan oleh Allah dalam setiap perkara yang dilakukan. Oleh kerana yakin diperhatikan Allah maka pekerja akan melakukan kerja dengan berhati-hati dan berusaha mencapai tahap yang membanggakan. Ini selaras dengan Firman Allah dalam Surah An-Nisaa: 1 “Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu”
2. Musyahadah
Musyahadah ialah memerhati sifat-sifat Allah dan mengaitkan seluruh perkara yang dilakukan dengan sifat-sifat tersebut. Hal ikKesedaran bahawa kita akan mendapatkan balasan sesuai dengan amal perbuatan yang kita lakukan. Jika melakukan kebaikan maka kita akan mendapatkan balasan kebaikan di dunia dan akhirat. Jika melakukan keburukan, maka kita akan mendapatkan balasan yang buruk juga.
-----------------------------------------------------------
Ciri-ciri bekerja secara ihsan yang menjana budaya kerja yang cemerlang.
1. Mentaati perintah Allah dan laranganNya.
2. Bekerja dengan niat mencari keredhaan Allah.
3. Bekerja dengan beramal.
4. Bekerja dengan akhlak Islamiyah.
5. Bekerja dengan ilmu.
6. Menilai diri setelah melaksanakan kerja (Muhasabah)
----------------------------------------------------------------