Thursday, December 10, 2009

~ Penawar Penat Oleh Rasullullah ~

Hari-hari penulis mengeluh penat menjalankan kerja harian dan menelaah pelajaran dan tiba-tiba pada suatu hari, kawan kepada penulis telah menulis sesuatu dan memberinya kepada penulis...penulis ingin berkongsi rahsia mengatasi kepenatannya bersama-sama rakan-rakan....



Menurut beliau, ini adalah rahsia kecerdasan nabi yang telah diwariskan oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."




Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. bersabda:


Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur :-

bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali

bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali

bertakbir (Allahuakbar) 33 kali

Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."




p/s: Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah
petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita.Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.



No comments:

Post a Comment

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers