Wednesday, April 21, 2010

~ Jodoh & Pasangan ~

Persoalan Jodoh sering menjadi persoalan di hati kita namun ia adalah sesuatu yang ditetapkan oleh Allah SWT semenjak azali lagi. Nabi kita sering mengingatkan agar melalui kehidupan ini dengan niat mencari keredhaan Allah SWT.



"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (Al-Baqarah : 216)


Kenapa perlu rasa TAKUT akan gerangan jodoh jika ia telah ditentukan oleh Allah SWT namun kita berhak berusaha mencari calon yang sebaik-baiknya mengikut apa yang telah digarispanduankan oleh agama dan syariah.Hendaklah berusaha semata-mata mencari keredhaan dan memenuhi perintah Allah. SWT.


'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.'- Surah At-Taubah ayat 129


“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”

(HR. Tirmidzi)



TIDAK perlu sering memikirkan siapa jodoh atau pasangan right kerana tanggungjawab kita di muka bumi ini masih banyak. Hargailah mereka-mereka yang berada di sekeliling kita dan gunakanlah masa sebijak-bijaknya.


'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.'- Surah Al-Imran ayat 139


~ Bukan Mudah Memegang Amanah ~

Islam, agama yang sangat mementingkan isu keadilan dan kesejahteraan kehidupan umatnya khususnya dan makhluk lain amnya. Islam juga amat melarang umatnya melakukan kezaliman walaupun terhadap makhluk yang tidak mempunyai nyawa (mayat).


"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanh kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat." (An-Nisa : 58)


Allah swt sangat memurkai orang yang zalim, sangat membenci dan melaknati para pelaku kezaliman yang melanggar hak-hak manusia lain dan menyelewengkan amanah. Kebencian Allah swt kepada sesuatu perlakuan dosa itu menyebabkan Allah menjauhkan hamba-Nya yang berdosa tadi daripada rahmat dan pertunjuk-Nya serta membiarkan hamba-hamba-Nya itu disesatkan oleh syaitan dan menjadi teman-teman mereka di dalam neraka.


Setiap apa yang berlaku di muka bumi ini ada penyebabnya dan ada jalan penyelesaiannya. Tidak wujud jalan singkat dalam mencapai redha Allah swt terutama bagi mereka yang melanggar amanah yang telah diletakkan di bahu mereka. penyalahgunaan kuasa, pengkhianatan, penipuan semuanya membawa kepada kemusnahan.

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers