Saturday, May 22, 2010

~ Hadiah dan disebaliknya~

Penulis sering mengalami masalah dalam membuat pilihan untuk diberikan sebagai hadiah, terutamanya penerima itu adalah lelaki. Musim cuti sekolah telah hampir tiba dan pada masa yang sama jemputan perkahwinan dan pertunangan juga semakin bertambah. Maka untuk meringankan beban pemilihan hadiah untuk diberikan kepada mereka. Penulis telah menyenaraipendekkan beberapa hadiah yang boleh diberi dan mempunyai maksud disebaliknya.
Antaranya ialah:
  • -- Tanda meningati setiap masa dan waktu.

  • -- Tanda ikatan kasih yang abadi.

  • -- Tanda mesra

  • -- Ikatan cinta yang perlu perhatian.

  • -- penghargaan dan penghormatan.

  • -- Tanda mengambil berat/prihatin.


  • -- Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

  • -- Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

  • -- semanis kasihmu.

  • -- tanda menyayanginya dunia dan akhirat.

  • -- tandanya... . kau jangan lari dariku!!!!.. . .. .aku kan cari kamu walau dimanapun... melainkan kalau handphone tu ditutup atau da tukar number... ..

  • HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!! MASUK MEMINANG... ... tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!

p/s: pikir dulu, kepada siapakah hadiah itu akan diberi?? dan siapakah dia pada di hati dan pandangan mata kita :)

Thursday, May 20, 2010

~ Kelebihan Wanita yang bergelar Ibu (1)~

  • Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  • Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah
  • Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers