Friday, May 14, 2010

~ Demam Piala Thomas & Piala Uber~

Bahang kejohanan Piala Thomas dan Uber semakin dirasai berikutan negara-negara yang terlibat bertungkus lumus melakukan latihan disaat-saat akhir, lebih-lebih lagi negara tuan rumah Malaysia (Stadium Bukit Jalil). Pelbagai kerenah dan kisah yang diberitahu oleh pihak media kepada masyarakat seantero dunia.


Kejohanan Piala Thomas ialah sebuah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki. Manakala Kejohanan Pial Uber berpasukan wanita pula diadakan pada tahun 1956. Kejohanan badminton ini berlangsung setiap dua tahun.

Pusingan kalah mati menentukan juara, lima perlawanan (3 perseorangan dan 2 beregu) pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi 3 perlawanan pertama mara ke pusingan berikutnya.


Datuk Lee Chong Wei, mengetuai pasukan perseorangan lelaki manakala Koo Kein Keat-Tan Boon Heong (pasukan beregu lelaki) diberi amanah untuk membawa kembali Piala Thomas dari tangan penyandang juara China.


Datuk Lee Chong Wei dijangka menerima tentangan hebat daripada pemain nombor dua dunia, Lin Dan dari China, Peter-Gade Chistensen (Denmark), Park Sung-hwan (Korea Selatan) dan Taufik Hidayat (Indonesia).


Kerajaan telah berjanji akan memberi ganjaran sebanyak RM2 juta sekiranya pasukan kita dapat mengharumkan nama negara di persada badminton dunia.


p/s: Marilah kita bersama-sama menyokong pasukan juang badminton negara agar dapat mengharumkan nama negara di persada badminton dunia :) selepas ini kita nonton FIFA World Cup pula :P


-------------------------------------------------------------------


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


No comments:

Post a Comment

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers