Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.
Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”.
Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”.
Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”.
Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”.

Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.
No comments:
Post a Comment