Monday, July 27, 2009

- Tazkirah Ringkas - ayah dan ibu

Sejak dilahirkan, kita telah dijaga, dibelai, dididik dan diasuh dengan begitu perihatin oleh kedua ibu bapa kita.
Sewaktu kecil,apabila merengek di tengah malam, ibulah yang akan bersengkang mata memujuk, membancuh susu, memberi susu dan mendodoikan agar kita berasa lega dan nyaman di sisinya.
Ayah pula sibuk berusaha mencari rezeki tanpa memikir penat lelah.biar dia kelaparan asalkan susu dan keperluan kita dilengkapi.Biar ayah tidak berbaju baru asalkan anaknya mendapat keperluan secukupnya.
Lihatlah betapa besarnya jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa kita.Apakah tindakan kita yang sewajarnya untuk membalas jasa mereka ini?Pernahkah selama ini kita membuatkan mereka kecil hati?

Sesungguhnyaingatlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Derhaka kita kepada mereka bererti derhaka kita kepada Allah Taala. Taatilah mereka selagi mana tidak bercanggah dengan hukum Islam. Berusahalah membahagiakan mereka. Senyum mereka adalah restu kepada kehidupan kita. Nangisnya mereka adalah azab kepada kehidupan kita.
Sentiasalah berdoa akan keselamatan dank esejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya doa daripada anak-anak yang soleh dan solehah mampu memelihara mereka di alam barzah.
P/s:Ingatlah suatu hari nanti kita juga bakal menjadi ibu dan ayah dan kita pasti akan mengharapkan agar dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah sepertimana harapan ibu bapa kita terhadap kita.....wallahualam......
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan danMatahari Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi Ahai...
Ayah dan ibu
Ayah dan ibu lah yang Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat
Supaya hidupSupaya hidup kita akan selamat

No comments:

Post a Comment

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers