Friday, August 14, 2009

~ DuGaaN Dlm KaJiaN LaPanGaN & KerJa ~

Minggu ni merupakan minggu yang agak menyibukkan saya...sibuk sebab ramai junior yang konvo termasuklah rakan-rakan sekelas ISDEV...Tahniahlah kepada mereka.....namun apa yang diluahkan di sini...dugaan dan rintangan yang melanda...banyak gak..istifar je la banyak-banyak..moga-moga diampunkan segala dosa....amin.......... Minggu ni juga merupakan dateline bagi segala kerja grafik saya huhuhu (walaupun dateline da dekat..dan lagi main game hehehehe)
"Sesungguhnya suatu pekerjaan itu bergantung atau dikira pada niatnya."maka saya telah diingatkan agar memulakan hari kerja dan kuliah dengan niat yang betul agar sentiasa berada di landasanNYA.ini kerana Allah berfirman "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan, meskipun seberat zarah, akan dilihatNya (balasan) kejahatan itu."

namun dalam kita berhati-hati dalam melaksanakan tugas, kita juga tidak akan dapat lari daripada dugaanNYA...namun DIA tidak akan menduga kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu.seperti mana Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah : 286, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya”. Dugaan yang hadir hanya akan menambahkan lagi kekuatan pada diri untuk meneruskan amanah yang telah dilandaskan di bahu ini....Dengan adanya dugaan dan rintangan dalam melaksanakan amanah, ia juga mampu menjadi alat dalam kita meMUHASABAHkan diri sendiri....



Raidah nak mulakan ngan dugaan saman/kompaun. Pada post yang lepas,saya ada cerita yang kumpulan kami telah dikompaun kerana gagal meletakkan kupon kenderaan..kami xtau yang tempat parking depan Hotel El-Zahraa Inn kena pamir kupon sebab kami memang tak nampak tanda yang amaran mempamerkan kupon huhuh punyalah semangat nak cari "macha" parking (tukang jaga parking) tup2 syikin cakap: "ni saman la cikRai"..terkejutlah sangat..tapi xpela...tu semua dugaan kami semasa melakukan kajian lapangan...walaubagaimanapun, kami sempat gak p makan Radix Fried Chicken(RFC)..sedap sehingga menjilat jari (pnjam tradmark KFC)hehehehe walhal dalam hati (Allah saja yang tau) dok berdoa...janganla kena saman lagi dan doa kami dimakbulkan....amin...

alhamdulillah...hari ini, raidah telah diberi kesempatan untuk menjelaskan kompaun tersebut....RM30 jika dibayar dalam masa 14 hari....huhuhu






Dugaan kedua yang telah melanda saya pada minggu ialah pemBATALan program kami yang sepatutnya diadakan di Putrajaya pada 16 Ogos 2009 ini...Pertandingan Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan Ke-52 Peringkat Kebangsaan 2009....
Program ini diBATALKAN gara-gara penularan H1N1 yang semakin membimbangkan..huhuhu persiapan sudah dikatakan hampir siap (60% ready) tapi apakan daya...keselamatan dan kesihatan sejagat lebih perlu diutamakan.....terkilan la juga sebab banyak kerja yang telah dipersiapkan (kerana nak kejar dateline, ofis kami macam kene langgar ribut) namun saya yakin. mesti ada HIKMAH disebalik pembatalan program ini... dan saya teringat pesanan kawan saya "Sesungguhnya Allah itu suka jika seseorang daripada kamu membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun dan sebaik-baiknya" mudah-mudahan kerja saya mendapat barakah dariNYA...amin..

p/s: kepada rakan0rakan..tabahkanlah hati dan kuatkanlah iman dan tenagkanlah diri semasa berhadapan dengan dugaan dan cabaran daripaNYA....


No comments:

Post a Comment

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers