Thursday, August 13, 2009

~ Game...Game...Game...~

Sepanjang minggu yang lalu, saya telah ketagih (addict) dengan permainan yang ditawarkan di facebook...kak Jumie yang telah memperkenalkan game di facebook kepada saya..(thanks to you kerana memperkenalkan kpd saya cara belajar bercucuk tanam dan selalu jaga tanaman saya)...ketagihan saya sudah berada di tahap yang agak maksimum...pelbagai permainan yang ditawarkan oleh facebook telah dijelajah (explore) oleh saya...namun yang menjadi ketagihan ketara saya ialah aktiviti bercucuk tanam.pelbagai tanaman yang boleh ditanam dan pelbagai ternakan yang boleh diternak.....walaupun saya hanya berkebun dalam dunia maya, namun raidah dapat rasa keseronokannya sebab raidah tak de kampung..since small i stay in town so pengalaman bercucuk tanam sangat menyeronokkan...

selain itu, permainan yang saya main juga dapat membantu saya mengurangkan tekanan dalam mencari idea dalam menulis..setelah penat membaca apa salahnya kita berehat sebentar bermain game hehehehe sebab saya tidak boleh berehat dengan kitkat huhu (nanti bertambah bulat)... selain itu, ikatan ukhwah yang terjalin di kalangan rakan maya juga menjadi bertambah erat. kami dapat berkongsi idea dan pandangan dalam menambahkan pendapatan dan saling menjaga hasil tanaman kami....



1. Farm Ville - hasil tanaman dan ternakan saya...meriah sangat..jiran2 pun baik...





2. Country Story - Hasil tanaman yang boleh dikutip...

P/s: kepada rakan2...ramai2lah kita memeriahkan permainan di facebook..hehehehehe



No comments:

Post a Comment

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers