Bersahur itu sangatlah dituntut ke atas orang-orang yangberpuasa. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Bersahur itu adalah suatu keberkatan. Maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan hanya meneguk air seteguk,kerana Allah dan para Malaikat berselawat atas orang-orang yang bersahur." Bersahur adalah sangat dituntut kerana bersahur dapat membezakan cara berpuasa orang Islam dengan bukan Islam.
Minum Air waktu Sahur Oleh Dr. Osman Nasir
- Penyejatan air dari kulit dan penghembusan keluar air ke udara daripeparu penting untuk pengawal aturan suhu tubuh. Air memindahkan suhudari satu bahagian tubuh kebahagian lain; di mana perpindahan air inimenstabilkan suhu tubuh.
- Tubuh menggunakan air untuk membolehkan buahpinggang berfungsi secara normal. Kebanyakan bahan kumuhan tubuhdikumuhkan melalui buah pinggang. Cecair tubuh menjadi medium(pengantara) untuk enzim dalam keadaan larut, hormon dan koenzim. Enzimialah protein yang memulakan dan mencepatkan tindakbalas.
- Hormon ialah rembesan kelenjar yang bertindak sebagai pengutus kepada organ tubuhdengan merangsangkan beberapa proses kehidupan dan merencatkan yanglain. Koenzim ialah sebahagian enzim yang diperlukan untuk pengaktifanmolekul protein untuk membentuk satu enzim yang sempurna.
- Air juga menolong menyelenggarakan imbangan elektrolit dan juga bertindak sebagai pelincir dalam pencernaan serta proses-proses lain dalam tubuh.
p/s: jangan kurang minum air ketika bersahur dan berbuka..Kurangnya air dalam tubuh boleh menyebabkan dehaidrasi (dehyration)-kekeringan tubuh.
No comments:
Post a Comment