Umum (terutama rakan-rakan MISDEV09) mengetahui yang teman sebilikku adalah pelajar PhD dari Iran. Seorang berfahaman Shafie dan seorang lagi berfahaman Syiah. Mereka berdua sangat baik dan lemah lembut. Kami akan masak bersama..borak-borak sebelum tidur tapi apa yang penulis ingin kongsi dengan rakan-rakan ialah perbezaan fahaman Syiah yang selamani penulis tidak tahu. TERIMA KASIH kepada SAHABAT (siapa namanya Biarlah Rahsia) penulis yang telah memberitahu penulis tentang sesuatu yang amat berharga..
Syiah merupakan salah satu fahaman yang lahir akibat daripada pergolakan politik. Pengikut Syiah terlalu mengagung-agungkan Saidina Ali sehingga menolak para sahabat Nabi dan yang paling kritikal ada yang mengatakan Jibril tersalah turunkan ayat AL-Quran kepada Nabi Muhammad sepatutnya kepada Ali (subhanallah)..
Aliran Syiah Islam berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua belas atau Ja'fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah (Twelvers /(اثنا عشرية iṯnāʿašariyya) yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq.
Surah Maryam: 69, Allah berfirman yang bermaksud,"Kemudian pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah
Namun apa yang paling mengejutkan penulis ialah berbezaan azan dalam fahaman Syiah dan Sunni. Dalam azan itu ada menyebut "AsshadunALIWALI Allah". Mintak-minta dijauhkan kami dari kesesatan seperti mereka.. penulis cuba upload video zan syiah namun tidak boleh.harap maaf.tetapi rakan-rakan dengan mudah boleh perolehinya di youtube.
Perbezaan Sunni dengan Syiah. Antara perbezaan yang boleh dilihat adalah seperti berikut:
- Khalifah diwasiatkan secara nas
- Imam adalah maksum berdasarkan firman Allah
- Saidina Ali adalah Pemimpin umat Islam setelah wafat Rasullah
- Mencela beberapa sahabat yang hampir kafir
- Menghalalkan nikah Muta'h(seperti nikah Misyar yang diamalkan mazhab Sunni)
- Menolak beberapa Ijmak ulama yang tidak bertanggungjawab
- Menolak Qias
- Menerima hadith yang diriwayatkan sebahagian Ahli Sunnah Wal-Jamaah
- Mengharuskan Jamak sembahyang dalam semua keadaan
p/s: jika ada kesilapan info sila bagitau penulis..
No comments:
Post a Comment