Saturday, August 22, 2009

~ KiSaH TauLaDaN ~

~ perjuangan mempertahankan aqidah dan kasih sayang ~
Che Aminah Mohamad & Natrah

Sebelum ini, penulis tidak tahu siapa itu Natrah sehinggalah TV9 mengadakan temubual bicara tentang isu Natrah. Mastika keluaran September 2009 juga ada menyentuh isu ini....Persoalannya siapakahNatrah???Berikut ialah sedikit rintitan kisah hidupnya yang penuh menghayat hati...Perjuangan antara pegangan agama Islam dan Ibu bapa yang Kristian.

Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan Belanda. Natrah diserahkan kepada Che Aminah Mohamad untuk dipelihara. Pada ketika itu, Natrah berusia 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkannya kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Mak Minah merupakan seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Natrah dibesarkan dalam kehidupan, suasana dan pendidikan Islam.

Tragedi rusuhan Natrah bermula kerana kekecewaan penduduk Islam Tanah Melayu dan Singapura. Mulanya dengan rapat umum, kemudian bertukar menjadi rusuhan, demi menghalang usaha memurtadkan Natrah.Usaha tersebut gagal. Yang berlaku hanya kematian, cedera dan duka saudara seagama. Rusuhan itu berlaku apabila Bapa Natrah dibebaskan (1945) . Usaha mencari Natrah terus dibuat terutama di pulau Jawa, oleh pegawai-pegawai British dan Belanda. Waktu itu, ibu dan nenek Natrah telah pun kembali ke Belanda. Pada thn 1949, Natrah dijumpai dan setahun selepas itu, atas muslihat bapanya, Che Aminah membawa Natrah ke Singapura. Dan di Singapura lah, satu demi satu peristiwa menimpa Natrah. Keluar masuk mahkamah, diperintah ke rumah kebajikan, dituntut hak jagaan oleh bapa kandung dan Che Aminah sendiri, sehinggalah pada Ogos 1950, Natrah (13 thn) nekad bernikah dengan Cikgu Mansor Adabi (22 thn) demi 'menyelamatkan' diri.(Mansor Adabi bernikah dengan Natrah semata-mata ingin menjadi penjaganya. Tiada hubungan suami isteri yang terjadi antara mereka.)

natrah, mansor adabi, che aminah

Diringkaskan, tiada yang bahagia berlaku kepada Natrah sekembali ke Belanda. Dihalang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslimat, murtad, perkahwinan baru yang gagal, cubaan membunuh, hidup melarat, sakit dan sebagai...Tak lupa juga pada kesedihan Cikgu Mansor yang mendengar berita murtad Natrah..




p/s: Sebagai insan biasa, penulis berasa sungguh simpati dengan sejarah hidupnya. Darah, air mata dan pengorbanan telah menjadi warna warni dalam kehidupannya. Semoga Allah memberkati usaha Che Aminah dan Mansor..........

No comments:

Post a Comment

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers