Thursday, September 10, 2009

~ aNaK yang BaiK??? ~

penulis sering tertanya-tanya...apakah yang dimaksudkan dengan anak yang baik???adakah anak yang baik dikategorikan sama dengan anak yang soleh/solehah....adakah anak yang baik mendoakan kesejahteraan ibu bapanya di dunia dan akhirat???...adakah anak yang baik mampu melaksanakan apa yang dituntut oleh agama????adakah anak yang baik menjaga maruah keluarga dan diri sendiri???





Penulis sering tertanya-tanya....adakah penulis boleh dikategorikan sebagai anak yang baik???penulis sangat cemburu pada rakan-rakan yang dapat berjumpa dan berinteraksi dengan ibu bapa mereka pada setiap hari...sedangkan penulis hanya mampu bercakap di telefon sahaja....



penulis juga berasa cemburu kepada rakan-rakan yang boleh mencium tangan ibu bapa mereka sebelum keluar rumah...sedangkan penulis hanya mampu berbuat demikian 2 bulan sekali.......
penulis juga merasa cemburu kepada rakan-rakan yang mampu mendengar leteran ibu pada setiap pagi (untuk bangun subuh)...bangun bersahur.....sedangkan penulis hanya dikejutkan dengan "alarm" handphone......




penulis berasa cemburu kepada rakan-rakan yang dapat meluangkan masa bersama ibu bapa mereka....sedangkan penulis tidak mampu.....ibu bapaku berada di hujung selatan malaysia......... sedangkan penulis berada di utara malaysia.....







apa yang penulis mampu buat..hanyalah berdoa agar umur ibu bapaku dipanjangkan agar jasa mereka dapat dibalas....penulis da terlalu lama (4 tahun) meninggalkan mereka di Johor...hanya mampu pulang bila ada cuti panjang.....rindu pada mereka tidak pernah padam...dan penulis yakin..mereka juga begitu....namun demi kerana menuntut ilmu..masing-masing perlu berkorban.....insyallah akan ada balasan untuk kami semua.....











p/s: minggu hadapan adalah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 25 dan juga ulang tahun abah yang ke 45....i really-really-really miss my family.............

No comments:

Post a Comment

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers