Thursday, September 10, 2009

~ PerDEBATan ~

Dua minggu kebelakangan ini merupakan minggu yang agak menyibukkan...MISDEV08 sibuk dengan disertasi...MISDEV09 pulak sibuk dengan assignment, pembentangan dan yang paling menggerunkan ialah perdebatan kelas Pengurusan Pembangunan Islam.....




Saya sendiri walaupun hanya menjadi moderator kepada kumpulan Imad,Fahimy, Puti dan Inke..namun saya tetap merasakan ketakutan yang sama...ini kerana hal-hal perdebatan telah ditinggalkan lama...dan tajuk perdebatan kami lebih berkisarkan pengurusan dan pembangunan institusi berasaskan Islam......mereka telah memilih Pusat Pengubatan Darus Syifa'...




saya rasa saya boleh agak kenapa Prof mencadangkan pembentangan hasil kajian lapangan kamia dalam berbentuk debat..ini kerana Prof ingin melatih kami semua bercakap dan meluahkan apa yang terfikir di kepala masing-masing...walaupun sukar namun kami semua terpaksalah akur dengan arahan yang telah dikeluarkan...bagi memenuhi kelengkapan kursus.....



maka pada Jumaat lepas, saya telah mengikut kumpulan debat untuk pergi membuat lapangan kajian mereka...bukannya apa..saya ingin mendapatkan maklumat awal dan lebih memahami apa yang ingin dikaji mereka.. jika mereka menghadapi masalah semasa perdebatan terutamanaya me"respon" kepada soalan yang ditanyakan umum maka dapatlah saya membantu apa yang termampu dengan maklumat yang saya ada......



setelah melakukan kajian lapangan..mereka telah mengadakan perbincangan dan latihan debat...sangat terhibur dan seronok bekerjasama dengan mereka...walaupun dengan jadual kelas yang padat..kerja saya sendiri yang bertimbun-timbun namun masing-masing cuba memberi komitmen yang sepenuhnya.....walaupun pada mualanya masing-masing segan untuk mengeluarkan bakat yang tersimpan namun saya yakin mereka mampu buat yang terbaik....



alhamdullillah...setelah berlatih debat selama dua hari....saya yakin, mereka semua telah bersedia untuk berdebat pada keesokkan harinya (iaitu pada 10 Sept 2009)...apa yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa agar perdebatan mereka dipermudahkan dan penyampaian maklumat mereka dapat disampaikan dengan jelas......




p/s: kepada Imad,Fahimy,Puti dan Inke.....saya sangat seronok bekerjasama dengan hangpa semua...semoga ikatan ukhwah yang terjalin bertambah mesra...kepada rakan-rakan seperjuangan MISDEV09 yang lain...marilah kita sama-sama berganding bahu menyokong perdebatan kumpulan mereka dan kumpulan lain termasuklah kumpulan saya nanti....

No comments:

Post a Comment

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers