Wednesday, September 2, 2009

~ IbaDaT kerana ALLAH @ GANJARAN ~

Hari ini merupakan kuliah pertama Dr Hasanah dalam kelas Epistemologi dan Tasawwur Islam...penulis pernah menjadi pelajar Dr Hasanah di bawah Kursus Munakahat (seronok belajar ngn dr Hasanah ni..kelas xde rasa boring pun)

Hari ini kami membincangkan topik Ibadah dan Munakahat...dalam bab Ibadah, kami telah membincangkan ciri-ciri ibadah iaitu niat yang ikhlas, mematuhi syariat Allah dan tanpa pengantaraan. Tiba-tiba Dr Hasanah menanyakan pada kelas apakah ibadat ikhlas tanpa mengharapkan balasan????dan Dr Hasanah meninggalkan persoalan tersebut kepada kami.....
----------------------------------------------------------------------------------
Izinkan penulis memulakan penulisan kali ini dengan “ Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.” (Adz-Dzaariyaat : 56)....
Ibadah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud merendah diri, tunduk, patuh, taat, memperhambakan diri kepada sesuatu. Menurut syarak, ibadah dapat didefinisikan sebagai taat, patuh dan merendahkan diri sepenuhnya kepada Allah swt dengan berlandaskan al-Quran dan Sunnah Rasullullah...

Namun, apa yang menjadi "pernyataan masalah" di sini ialah tindak balas kita terhadap ibadat yang telah disyariatkan kepada kita sama ada kita ikhlas melakukanya atau mengharapkan ganjaranNya???

Ikhlas ialah mengharapkan keredhaan Allah semata-mata...dan jika ia diamplikasikan dalam ibadah maka ikhlas adalah beramal ibadah dan memenuhi segala tuntutan Allah s.w.t. demi mengharapkan keredhaan-Nya....

Penulis masih ingat kata-kata ustazah Norba'yah "tingkat ikhlas dalam ibadah yang paling tinggi ialah beribadah hanyalah semata-mata kerana Allah dan ingin mendapatkan keredhaan-Nya dengan tanpa terlintas langsung di hatinya tentang nikmat dan ganjaran yang telah dijanjikan"...ia adalah umpama amalana ibadat Rabiatul Adawiyah sehinggakan beliau rela dimasukkan ke neraka asalkan mendapat keredhaan Ilahi.....
Sudah tentu terdapat perbezaan di antara kita beribadat kerana keredhaan Allah dan mendapatkan ganjaran... Allah s.w.t berfirman dalam Al-Qur'an: "Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesuatupun dalam ibadatnya kepada Tuhannya." (Surah Al-Kahfi: 110)
"Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah s.w.t."...... Allah s.w.t. tidak pernah menyuruh kita beribadah untuk mengharapkan ganjaran dan kepentingan selain dari mengharapkan keredhaan Allah s.w.t..

p/s: penulis bukanlah dari aliran agama namun penulis ingin berkongsi pendapat dan pandangan penulis...jika ada kesilapan silalah betulkan kerana penulis masih dalam proses pembelajaran....

No comments:

Post a Comment

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers