Friday, September 18, 2009

~ PeNgUmUmAn RaYa ~

Malam nanti pada jam lebih kurang 8 lebih akan diumumkan tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun ini...walaupun umum telah mengatakan bahawa raya akan jatuh pada hari esok (Ahad) namun penulis dengan terujanya ingin mendengar pengumuman hari raya daripada penyimpan mohor-mohor besar raja-raja Melayu iaitu YM Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah....


Penulis sendiri tidak tahu kenapa penulis begitu suka mendengar apa yang diucapkan oleh beliau...dengan nada suara dan intonasi yang jelas dan lembut...beliau melaksanakan tugas mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi umat Islam sama ada tarikh mula berpuasa, tarikh hari raya aidil fitri dan tarikh hari raya aidil adha.....apa yang membuat penulis rasa kagum dan teruja ialag berkenaan skripnya pengumuman yang sama pada setiap tahun dan setiap pengumuman yang dilakukan....(satu feeling yang luar biasa bila dengar pengumuman tersebut):P


Berikut ialah bait-bait pengumuman tarikh hari raya:

" Bismillahirahmanirrahim...assalamualaikum wbt...Bagi menyempurnakan titah perintah Baginda yang dipertua Agong setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja-raja maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari __________ tarikh _______. sekian wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt....."


Intonasi yang diucapkan oleh beliau adalah sama saja dari saya kecik sampailah da terlebih besar sikit...kalaulah satu hari, tugas beliau diambil alih orang lain..penulisa yakin, "feel" yang sedia ada sekarang akan beza sikit.....


p/s: kepada rakan-rakan semua SELAMAT BERHARI RAYA...RAYA-RAYA gak...assignment jangan lupa (peringatan untuk diri sendiri juga :P )

No comments:

Post a Comment

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers