Wednesday, September 23, 2009

~ OpeN HouSe ~

menjadi tradisi dalam keluarga kami mengadakan makan-makan pada hari-hari terpilih dalam bulan Syawal atau lebih dikenali sebagai "open house" atau rumah terbuka.....


pada tahun ini, keluarga kami telah memilih raya ke-3 sebagai harii "Rumah Terbuka " keluarga kami pada raya tahun ini...rumah terbuka ini hanya terbuka kepada ahli keluarga Sadiman sahaja iaitu ahli keluarga sebelah bapa penulis..


ini adalah adik-beradik dan biras bapa penulis (ada siapa bole teka yang mana satu ibu bapa penulis????)




Penulis dan keluarga jenuh memikirkan juadah yang hendak disajikan kepada para tetamu..ini kerana para jemputan adalah dalam 30 orang..akhirnya kami membuat keputusan untuk menghidang makanan ala-ala Jawa....menu kami pada malam tersebut ialah:
  1. Roti jala
  2. Kari kambing
  3. Bihun sayur
  4. Ayam goreng tepung serbaguna
  5. Ubi rebus
  6. Sambal tumis udang
  7. Air kelapa muda
  8. Air rebina
  9. Limau sunkist


majlis kami juga telah dimulakan dengan sedikit tazkirah dan bacaan doa selamat...antara tazkirah yang disampaikan oleh paman penulis ialah peringatan kepada kami semua bahawa tujuan utama konsep rumah terbuka adik-beradik ini bukanlah untuk tujuan pembaziran sebaliknya lebih bertujuan mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga dan bersedekah dalam konsep pemakanan.....(setuju3x)



No comments:

Post a Comment

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers