Tuesday, October 13, 2009

~ IsLaM dan HuBuNgaNnya SeSaMa MaNuSiA~

cetusan idea ini adalah hasil daripada soalan tugasan kelas akhir yang diberikan oleh Dr Hasanah.
--------------------------------------------------------------------------

Islam sebuah agama syumul yang dianuti oleh hampur 1000 juta manusia (1/5 penduduk dunia), dan tidak boleh lari daripada pengamalan acuan adunan yang telah ditetapkan oleh Islam. Islam telah menggariskan pelbagai panduan kepada umatnya untuk meneruskan kehidupannya di dunia di samping tidak melupakan akhirat. Justeru, Islam telah menggariskan beberapa panduan dalam mengadakan hubungan sesama manusia tanpa melanggar had dan batasan yang telah ditetapkan.



Undang-undang Islam amat mementingkan hubungan sesama manusia yang menjangkaui batasan agama. Islam menerapkan beberapa dasar dalam pengamalan undang-undang Islam iaitu:
  1. toleransi
  2. keadilan
  3. kebajikan
  4. ihsan
kesemua dasar yang diperkenalkan oleh Islam adalah untuk diterapkan ke atas hubungan sesama Muslin dan bukan Muslim.



Misalnya, dalam urusan/ hak orang bukan Islam di dalam negara bukan Islam, orang bukan Islam diberi hak yang sama rata seperti oarang Islam cuma terdapat pengecualian dalam beberapa perkara terutamanya perkara-perkara yang melibatkan soal ibadat.




Di sini, penulis akan memberi contoh berdasarkan apa yang telah diamalkan oleh Nabi Muhammad melalui piagam Madinah.
  1. Orang bukan Islam bebas menganuti agama, kepercayaan dan beribadat menurut agama mereka. Orang bukan Islam tidak akan dipaksa untuk menganuti Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Islam itu tidak tersebar dek kerana peperangan atau senjata tetapi tersebar dan diterima kerana keindahan dan keadilannya. Ini adalah selaras dengan apa yang terkandung dalam perlembagaan Madinah dalam konteks hak-hak dan kewajipan kaum minoriti terutamanya dalam Fasal 25[1] .
  2. Orang bukan Islam berhak mendapat dan menikmati keamanan dan kestabilan hidup. Meraka juga berhak mendapatkan perlindungan pencerobohan dan kezaliman dari dalam atau luar negara. Orang Islam juga ditegah daripada menyakiti orang bukan Islam. Ini juga ada dinyatakan dalam piagam madinah Pasal 16[2]
  3. Hak asasi dan kebebasan orang bukan Islam adalah dijamin oleh pemerintah Islam. Adalah menjadi kesalahan bagi orang Islam sekiranya mereka melanggar ataupun mengugut dan melanggar hak asasi orang bukan Islam. Ini juga turut dinyatakan dalam piagam Madinah Fasal 2[3].


Sejarah membuktikan bahawa Islam tidak disebarkan melalui senjata atau peperangan seperti yang didakwa oleh orientalis Barat sebaliknya Islam tersebar dan diterima baik dek kerana keindahan dan keadilan Islam itu sendiri.

------------------------------------------------------------------------
NOTA KAKI:
1. - Kaum Yahudi dari suku 'Awf adalah satu bangsa-negara (ummat) dengan warga yang beriman.
- Kaum Yahudi bebas memeluk agama mereka, sebagai kaum Muslimin bebas memeluk agama mereka.
- Kebebasan ini berlaku juga terhadap pengikut-pengikut/sekutu-sekutu mereka, dan diri mereka sendiri.
- Kecuali kalau ada yang mengacau dan berbuat kejahatan, yang menimpa diri orang yang bersangkutan dan
- keluarganya.
2. Bahwa sesungguhnya kaum-bangsa Yahudi yang setia kepada (negara) kita, berhak mendapatkan bantuan dan perlindungan, tidak boleh dikurangi haknya dan tidak boleh diasingkan dari pergaulan umum.
3.Kaum Muhajirin dari Quraisy tetap mempunyai hak asli mereka, yaitu saling tanggung-menanggung, membayar dan menerima uang tebusan darah (diyat) di antara mereka (karena suatu pembunuhan), dengan cara yang baik dan adil di antara orang-orang beriman.

No comments:

Post a Comment

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers