Thursday, October 15, 2009

~ PenSiJiLaN HaLaL~

Isu ini agak hangat diperkatakan dalam kelas Pengurusan Pembangunan Islam pada 15 Oktober 2009.Justeru itu, penulis ingin menjawab persoalan berkenaan pensijilan halal yang dikemukakan"on the spot" oleh rakan-rakan MISDEV09. Sebarang pertambahan maklumat adalah amat dialu-alukan.
--------------------------------------------------------------------------------

BERNAMA melaporkan pada
09 Julai, 2009 17:34 PM bahawa anggungjawab pengeluaran sijil Halal Malaysia yang sebelum ini dikendalikan Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC) dikembalikan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), berkuatkuasa serta-merta. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata peranan Jakim akan terus diperkasa dengan memberi penekanan terhadap aspek perundangan dan penyelidikan supaya badan itu tidak dianggap sebagai pengeluar sijil halal semata-mata tanpa mengambilkira aspek kualiti.

--------------------------------------------
------------------
Pensijilan halal ialah suatu pengesahan yang menyatakan halal ke atas sesuatu produk untukd imakan, diminum dan diguna oleh umat Islam.

-------------------------------------------------------------

ProdukYang TidakMemerlukanLogo Halal
  1. Barangan asasi dan keperluan utama seperti bijirin; beras, jagung, kacang, barli, gandum, rempah dsb.
  2. Air mutlak; mineral water, drinking, water air zamzam.
  3. Makanan dan minuman binatang
  4. Ubat-ubatan.
  5. Barang-barang gunaan yang lazimnya tidak suci dan diharuskan penggunaannya bagi tujuan tertentu seperti baja.
  6. Barangan yang masih kabur atau belum jelas kedudukannya dan memerlukan fatwa seperti produk bioteknologi

KategoriProdukHalal
  1. Kilang
  2. Restoran
  3. Hotel
  4. Tunggal
  5. Berangkai
  6. MedanSelera
  7. PengeluaranKecil-kecilan(Cottage industries)
  8. Rumahsembelih
-------------------------------------------------------------------
Cara mendapatkanSijil Halal

PELANGGAN HENDAKLAH
  • Mengisi borang berkaitan. Borang boleh diperolehi dari JAKIM jika memerlukan sijil Halal JAKIM dan dari JAIN jika memerlukan sijil halal dari negeri.
  • Produk makanan/minuman.
  • Rumah Sembelih
  • Dalam dan Luar Negara
  • Membuat bayaran yang sepatutnya seperti yang ditentukan.
  • Benarkan premis diperiksa.

JAKIM
  • Membuat pemeriksaan di Premis
  • Membuat laporan pemeriksaan
  • MengeluarkanSijil Halal
  • Sijil halal hanya sah laku untuk satu tahun sahaja.
  • Setiap dokumen tambahan dikenakanRM 10.00.
----------------------------------------------------------------------

Pembatalan Sijil Halal

Sijil Halal adaalah milik JAKIM atau JAIN atau Badan-badan Islam. Ia boleh dibatalkan pada bila-bila masa jika tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan seperti:-
  • Menyalahgunakan sijil.
  • Menukar produk tanpa kebenaran.
  • Tidak memberitahu perubahan yang telah berlaku dipremis berkaitan.
  • Ada keraguan terhadap loji.
--------------------------------------------------------------------------------

Berikut saya sertakan "link" untuk maklumat senarai hotel yang telah mendapat pengesahan sijil halal di Malaysia. http://www.halaljakim.gov.my/hotel_halal.php


---------------------------------------------------------------------------------


Bibliografi:
1. MOHAMED BIN JUSOH, Pensijilan Halal, JAKIM, Putrajaya, Malaysia.
2. HALAL INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION, Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers