"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"- Falsafah Pendidikan Negara
Sehubungan itu, pelbagai usaha dijalankan bagi memantapkan tahap pendidikan negara kita agar sejajar dengan matlamatnya iaitu melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah pendidikan anak-anak sepatutnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia yang terdiri daripada rohani dan jasmani. Dan ia seharusnya bermula dari alam rahim lagi hinggalah ke alam barzah.
Islam sangat memandang berat isu pendidikan anak-anak sebelum ia lahir lagi. Islam telah menggariskan beberapa panduan untuk memastikan anak-anak mendapat didikan yang sempurna.Maka dengan itu, Islam telah menggariskan beberapa hak anak-anak sebelum ia lahir sehinggalah ia meninggal dunia. Antaranya ialah:
Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan
Sehubungan itu, pelbagai usaha dijalankan bagi memantapkan tahap pendidikan negara kita agar sejajar dengan matlamatnya iaitu melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah pendidikan anak-anak sepatutnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia yang terdiri daripada rohani dan jasmani. Dan ia seharusnya bermula dari alam rahim lagi hinggalah ke alam barzah.
Islam sangat memandang berat isu pendidikan anak-anak sebelum ia lahir lagi. Islam telah menggariskan beberapa panduan untuk memastikan anak-anak mendapat didikan yang sempurna.Maka dengan itu, Islam telah menggariskan beberapa hak anak-anak sebelum ia lahir sehinggalah ia meninggal dunia. Antaranya ialah:
- Ikatan perkahwinan di antara ibu bapa adalah sah di sisi agama Islam.
- Ibu bapa mempunyai akidah yang sama.
- Dilarang membunuh kanak-kanak dan membenci anak perempuan.
- Ibu bapa perlu menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan untuk mendidik anak-anak mereka nanti.
- Azan (telinga kanan) atau iqamat(telinga kini) pada anak itu nanti.
- Melakukan Tahnik (memaniskan lelangit), mencukur rambut dan berakikah.
- Memberi nama yang baik.
- Hak menyusu.
- Berkhatan.
- Memberi pendidikan dan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment