Penulis ingin memetik kata-kata Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin,“Apa yang menimpa Kartika membuka mata banyak pihak mengenai isu arak malah hukuman rotan itu sendiri menimbulkan rasa gerun kepada sesetengah orang”...ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat seharusnya pandai menilai mengapa hukuman dijatuhkan dan siapa yang dihukum dan bukannya bertelagah mengenai hak untuk membuat rayuan...mencegah lebih baik daripada merawat. Ini akan menjadi pengajaran kepada mereka-mereka yang berada di luar sana.
Islam itu indah...ada banyak kelonggaran dan tolak ansurnya misalnya rukhsoh. Namun haruslah diingat jangan diambil kesempatan dia atas kelembutan itu. Dalam kelembutan perlu ada ada ketegasan..kata perlu dikota..janji perlu di tepati...hukum mesti dipatuhi....jangan berani pertikaikan yang bathil dan yang hak..buruk padahnya nanti....
Penulis bukan hendak mempersoalkan hukuman yang bakal dilaksanakan namun hanya ingin berkongsi maklumat berkenaan cara pelaksaan hukum sebat yang sepatutnya dijalankan. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara Islam, adalah wajar hukuman sebat yang dijalankan berlandaskan cara Islam dan bukanya cara Sivil. Berikut ialah sedikit gambaran perbezaan cara hukum sebat Islam dan Sivil.
SEBAT CARA ISLAM
- Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
- Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
- Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
- Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
- Sebatan dengan kekuatan sederhana.
- Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
- Tidak melukakan kulit pesalah.
SEBAT CARA SIVIL
- Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
- Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
- Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
- Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
- Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
- Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
- Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.
P/s: sebatan cara mana yang sepatutnya diamalkan??Bukankah tujuan utama hukuman dijatuhkan adalah bertujuan untuk mendidik?? Renung-renungkanlah.
No comments:
Post a Comment