Bid’ah bermaksud segala sesuatu yang terjadi atau dilakukan tanpa ada contoh sebelumnya. manakala Imam Asy-Syatibi pula mengatakan bida'ah, “Bid’ah adalah satu metod di dalam agama yang di ada-adakan menyerupai syariat, dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT sedangkan perkara tersebut tidak ada pada dalil syar’i yang shahih dalam asal atau tata cara pelaksanaannya.”
Namun tidak semua amalan bid'ah ditolak. Tidak semua bidaah itu sesat malah amalan-amalan yang baik termasuk dalam bidaah hasanah (bidaah yang baik) dan Islam tidak menolak amalan-amalan baik nenek moyang kita kerana ia menjadi budaya dalam sesuatu masyarakat dan diterima oleh masyarakat (uruf) malah jika hendak mengeluarkan hukum hendaklah mengambil kira adat dan budaya sesuatu masyarakat.
Oleh sebab itu, atas alasan apakah yang mereka gunakan untuk menentang amalan-amalan baik yang diketengahkan oleh masyarakat Melayu Islam Malaysia seperti membaca yasin secara beramai-ramai, menyambut Maulud Nabi, menyambut Maal Hijrah..bukankah ia satu usaha murni untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dan ukhwah di kalangan umat Islam pada masa yang sama mampu memeberi kesedaran kepada masyarakat kita tentang sejarah-sejarah besar Islam..
“Sesiapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat; dan sesiapa yang memberi contoh kejahatan, maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat.” (Petikan kitab Tanbihul Ghafilin, halaman 13).
Kebanyakkan amalan bid'ah yang diterima oleh masyarakat kita adalah satu alternatif untuk melakukan amalan baik dan pahala. Rasullullah sendiri menerima amalan Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram. Sabda Baginda “Aku lebih berhak dari kamu. Oleh hal yang demikian itu, aku akan berpuasa bukan sahaja pada 10 Muharam malah pada hari 9 Muharam.” Oleh sebab itu ia disunatkan sehingga hari ini dan banyak diamalkan oleh masyarakat kita.
Satu contoh lain yang ingin penulis ketengahkan ialah meramaikan sembahyang jenazah. Ada segelintir masyarakat kita yang mengatakan bahawa ia tidak perlu diadakan kerana sabda Nabi yang bermaksud “Segala amalan dikira mengikut niat dan bagi seseorang itu apa yang diniatkannya.” dan fahaman Wahhabi menegakkan bahawa pahala doa hanya akan sampai kepada ahli keluarga sahaja. Islam menganjurkan amalan menolong keluarga yang dalam kesedihan akibat kematian. maka dengan adanya solat jenazah beramai-ramai, ia akan meringankan dan menggembirakan hati yang sedang berduka. Dan amalan tersebut juga mampu merapatkan lagi silaturahim dan memberi peringatan kepada masyarakat bahawa kematian itu pasti akan tiba.
Setiap amalan Bid'ah hasanah yang diadakan bukanlah diwujudkan dengan sewenang0wenangnya. Ia adalah berdasarkan alasan yang kukuh dan bukannya mengikut hawa nafsu semata-mata.
No comments:
Post a Comment