Monday, December 21, 2009

~ Tidur dan Kebaikannya ~

Dan kami jadikan tidurmu untuk istirehat.”(Surah an-Naba’)

"Daripada rahmat-Nya (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur" (Surah al-Qasas)


Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."


Tidur merupakan salah satu istirehat dan riadah kepada tubuh badan manusia dan ianya boleh dianggap sebagai satu ibadah. Islam amat mementingkan keseimbangan dalam kehidupan hambanya,. Justeru itu, Islam amat menggalakkan umatnya memperolehi tidur dan istirehat yang secukupnya seperti apa yang telah diterangkan pada ayat-ayat di atas. Ini kerana tidur adalah hak yang perlu ditunaikan terhadap tubuh badan manusia. Oleh itu, tidur yang cukup dan berkualiti mampu mengembalikan kecergasan diri.


Tidur boleh dikatakan sebagai satu keadaan yang tidak sedar dengan mata terpejam kerana ingin merehatkan tubuh badan. Namun, apa yang menjadi persoalannya ialah berapa lamakah atau jumlah masa masa tidur yang patut kita ambil dalam sehari??? Pelbagai pendapat telah penulis perolehi namun tidak ada pengkhususan dalam isu ini.Bagaimanapun, kebanyakan ahli perubatan menyarankan agar kita tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari dan ianya bergantung kepada usia, jenis pekerjaan dan keadaan setiap individu. Misalnya, individu yang bekerja manggunakan akal fikiran memerlukan lebih banyak tidur berbanding individu yang bekerja menggunakan fizikal.


Waktu tidur yang baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10.00 malam. Manakala waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas Subuh hingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak. Menurut mereka lagi, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya. Tidur pada waktu siang banyak faedahnya asalkan tidak berlebih-lebihan dan ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari.


Penulis ingin berkongsi rahsia dengan rakan-rakan berkenaan dengan cara untuk memperolehi kecerdasan semasa waktu tengahari dan rahsianya ialah tidur sekejap di waktu tengahari Tidurnya pula lebih kurang 15 minit sahaja. Tujuannya adalah untuk mengembalikan kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti (kerja).


Selain itu, penulis juga ingin berkongsi rahsia cara tidur Nabi kita iaitu Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan.


Tidur sebenarnya mempengaruhi metabolisma badan individu dan merangsang daya penyerapan tubuh badan. Namun, banyak tidur juga tidak sihat untuk tubuh badan individu.Ini kerana jumlah tidur yang banyak bukan menjadikan kita lebih bersemangat, malah menjadikan tubuh kita lemah. Mereka yang banyak tidur akan mematikan hati, memberatkan badan, membazirkan masa, mewarisi sifat kemalasan dan kelalaian. Menurut hukum juga, tidur yang banyak hukumnya adalah makruh di sisi Allah.

No comments:

Post a Comment

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers