Thursday, December 17, 2009

~ Falsafah Perkahwinan Dalam Islam ~

Firman Allah S.W.T.

'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.' (Yaasin: 36)

Allah S.WT. berfirman:

'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir' (ar-Ruum:21)

Allah S.WT. berfirman:

'Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... ' (An-Nisa':1)


Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Daratan berpasangan dengan lautan. Malam berpasangan dengan siang dan sebagainya. Jika perhatikan kejadian alam ini, pasti kita dapat mengerti mengapa dijadikan lelaki dan perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah lelaki melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkat keindahan dan kelembutan.


Tujuan perkahwinan ialah menyusun dan memperelokkan pergaulan di antara lelaki dan wanita supaya mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan akan mengakibatkan kepincangan. Justeru itu, perkahwinan disyariatkan untuk mengatasi kepincangan tersebut. Dalam perkahwinan, terdapat beberapa kewajipan dan peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Dan jika sebaliknya maka pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.


Oleh kerana perkahwinan adalah perkembangan daripada keluarga yang sedia ada dan mewujudkan keluarga baru yang boleh mempengaruhi keadaan baik buruk sesuatu masyarakat maka perkahwinan yang tidak menghormati masyarakat seperti kahwin lari, tangkap basah dan lain-lain adalah sangat dikeji oleh Islam.


Islam telah menetapkan peraturan peraturan perkahwinan dan perjalanan keluarga dengan sempuma. Peraturan ini tidak hanya berbentuk undang-undang tetapi juga menerusi pembentukan rasa tanggung-jawab dan menghormati nilai-nilai akhlak yang dibina menerusi kesedaran beragama yang dipupuk menerusi pendidikan. Kesempurnaan undang-undang yang mengawal perjalanan keluarga tidak mencukupi bagi menjamin ketenteraman keluarga itu. Keluarga mesti disusun dan dikawal oleh rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak Islamiyyah. Rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak itu hanya akan berkembang subur di kalangan orang-orang yang mempunyai kesedaran keagamaan. Kesedaran keagamaan yang terpenting ialah apabila seseorang itu sentiasa mengingatiallah S.WT. dan takut kepada-Nya. Kesedaran ini merupakan kawalan berkesan untuk seseorang mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Tanpa kesedaran ini peraturan yang sempurna tidak memberi banyak kesan, kerana orang yang tidak dapat mengawal dirinya dengan kesedarannya terhadap wujudnya Allah S.W.T. dan takut kepada-Nya, akan dengan mudah melanggar undang-undang dan peraturan itu. Apabila undang-undang tidak dihormati, ia tidak bermakna lagi walau bagaimana sempurnanya undang-undang itu.

No comments:

Post a Comment

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers