SABTU 23 JANUARI - seluruh Johor meratapi pemergian pemimpin tertinggi kerajaan Johor iaitu Sultan Iskandar bin Sultan Ismail dan kami sekeluarga seharian bermula jam 9 pagi hingga lingkungan 5 ptg menyaksikan siaran langsung upacara pemakaman Sultan Johor di TV1. Bagi orang Bugis, ( namun kami sekeluarga adalah Jawa) khususnya yang masih punya pertalian kekerabatan dengan Raja Luwu, mangkatnya Sultan Johor ini tentu juga menjadi duka bagi keluarga Bugis di Johor..
Sultan Iskandar bin Sultan Ismail menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumat, 22 Januari jam 7.15 malam (mengikut laporan Menteri Besar Johor). Beliau mangkat di usia 77 tahun. Oleh kerana kemangkatan Baginda, maka selama tujuh hari mulai hari ini (22 Jan 2010) menjadi saat berkabung bagi masyarakat Johor, bahkan Malaysia, dan 40 hari untuk keluarga kerajaan manakala Kerabat DiRaja Pahang mengumumkan berkabung selama 3 hari (kerana mempunyai pertalian kekeluargaan, anakanda Baginda (Tengku Azizah merupakan menantu kepada Kerabat DiRaja Pahang) . Masa berkabung 40 hari adalah sebagai 1 penghormatan terakhir bagi Baginda.
Daulat Tuanku, Kami menyampaikan turut belasungkawa atas mangkatnya Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar bin Sultan Ismail. Semoga arwahnya diterima di sisi Allah SWT.
----------------------------------------------------------------------------------
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
.
.
.
Al-Fatihah...
-----------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment