Untuk memastikan perokok tegar berhenti meneruskan amalan tersebut, ia menuntut sokongan kuat dari semua pihak dan dibantu oleh aspek-aspek lain termasuklah persekitaran dan penguatkuasaan larangannya.
“Kerana itu, kami sangat menyokong usaha sukarela sekumpulan pelajar USM melalui aktiviti yang dipanggil “Green Lung Support a Tobacco Free Environment” untuk mempromosikan aktiviti pembudayaan persekitaran yang sihat, bukan sahaja dari aspek kesihatan tetapi juga lain-lainnya termasuk ekonomi dan agama,” kata Pengarah Pusat Racun Negara (PRN), Prof. Madya Abdul Razak Lajis. Menutur beliau lagi, usaha-usaha harus dilakukan untuk mewujudkan persekitaran sihat, proses pendidikan yang berterusan dan kesungguhan dalam menguatkuasakan larangan-larangan yang ada.
Green Lung ditubuhkan dari kesedaran para pelajar untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok dan usaha mewujudkan persekitaran sihat dari dalam kalangan masyarakat kampus.Tambahnya lagi, banyak aspek yang perlu disentuh seperti ekonomi, sosial dan agama serta kaitannya dengan pengambilan dadah dan bahan-bahan terlarang yang sepatutnya dikongsikan dengan rakan sebaya.
Masyarakat secara umum juga tidak tahu secara tepat tentang masalah-masalah yang berkaitan dengan merokok.
“Kerana itu, proses pendidikan yang berterusan harus dilakukan, terutamanya dalam kalangan institusi-institusi pendidikan sebagai model untuk diikuti oleh orang lain, terutamanya anak-anak,” kata Abdul Razak dalam Sidang Media yang diadakan di sini.
Kejayaan mengekang amalan merokok juga perlu diberi sokongan berterusan dan 300 buah klinik berhenti yang terdapat di seluruh negara di bawah kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia sememangnya membantu di dalam mengurangkan tabiat tersebut, tambahnya lagi.
Klinik Berhenti Merokok yang terdapat di Pusat Sejahtera USM pula berjaya membantu lebih daripada 30% daripada kira-kira 250 orang perokok yang mengikuti klinik berkenaan sejak dari tahun 2001. JUmlah tersebut adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan sasaran sekitar 20% mengikut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sementara itu, Pengarah Projek Green Lung Carnival 2010, Ho Thu Yann berkata, pada tahun ini kumpulan tersebut berhasrat untuk mengajak orang ramai menyertai aktiviti ini dengan mengadakan pelbagai program yang dapat membantu menimbulkan kesedaran terhadap usaha mengekang tabiat merokok di kalangan masyarakat, apatah lagi warga kampus.
Green Lung Carnival 2010 akan diadakan pada 23 hingga 25 Februari 2010 dengan program-program khas seperti forum, penerbitan, pemeriksaan, reka bentuk produk, “the graveyard” – satu permainan untuk perokok dan pelbagai aktiviti lainnya.
“Ini termasuk juga usaha mengenalpasti perokok dari dalam kalangan warga universiti, pengiraan puntung rokok yang ditinggalkan di pelbagai zon kampus dan memantau perokok-perokok,” kata Ho Rhu Yann
Tambahnya lagi, pemerhatian kumpulan tersebut setakat ini menunjukkan terdapat banyak puntung rokok di sekitar kampus yang mungkin ditinggalkan oleh pelbagai pihak yang perlu dipantau dan diambil tindakan sewajarnya.
Pasukan sukarela Green Lung USM ini turut bekerjasama dengan rakan-rakan mereka dari universiti-universiti lain bagi membina rangkaian kerjasama dan antaranya ialah UKM, UM, UIAM dan UiTM.
“Yang penting ialah kami menekankan kepada rakan-rakan yang tidak merokok agar menjauhi tabiat ini dan sama-sama berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang sihat,” kata Ho Rhu Yann, pelajar tahun ketiga pengajian Sains Farmasi.
Maklumat tentang aktiviti ini boleh diperolehi dengan menghubungi greenlung.usm@gmail.com atau lawati usmgreenlung.blogspot.com.

No comments:
Post a Comment