Perangkaan Ibu Pejabat Polis Persekutuan Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes tahun lalu. Negeri yang mencatatkan angka tertinggi kes pembuangan negeri ialah Selangor iaitu 22 kes (pada 2000) dan 24 kes (2006). Daripada jumlah tahun lalu, 79 kes membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat lagi kes pembuangan janin.
Imam Al-Ghazali berkata: "Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa."
Kami akan menyokong penuh dan membantu segala cadangan dan gerak kerja yang baik oleh kerajaan dan pihak berwajib. Bagaimanapun, kesedaran seseorang individu tetaplah yang paling utama. Kami menggesa semua pihak, khususnya seluruh wanita Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, agar sama-sama beringat-ingat dan berjaga-jaga.
p/s: Kukuhkanlah diri dengan jati diri wanita yang baik dan terpelihara. Kembalilah kepada ajaran agama, nescaya semuanya akan bahagia dan sejahtera.

No comments:
Post a Comment