Tuesday, July 27, 2010

~ Dimulakan dengan Bismilah .. disudahi dgn Alhamdulillah~


Hari ini penulis ingin berkongsi tentang cerita syaitan yang bernama Khanaz.

Cerita nya macam nie.Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi.Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak cucu Adam, dok pikir2 cana nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhanAllah.


Suatu hari Ibu Syaitan nie.tengah dok pikiaq cara-cara untuk mengenakan anak cucu Adam"....dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz. Lalu di panggilnya "Khanaz....mari sini ikut mak...". Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa.

Dengan Takdir Allah, setelah mereka tiba di rumah Nabi Adam, Nabi Adam baru saja meninggal kan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah. Pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.." Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik" Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan.

Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapanie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanitamenyuruh kita menjaga anak ini." Adam berpikir dan " Ini mesti anakSyaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita...". "Apa harus kita lakukan sekarang..?"tanya Hawa pada Adam.

Nabi Adam berkata "Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi2 daging
nya di pokok luar rumah kita... Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampakdan tahu anak nya sudah tiada. Hawa hanya menuruti kata suaminya.


Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi

ketika Nabi Adam sudah keluar pergi kerja.

"Mana anak aku..."Tanya Ibu syaitan pada Hawa,
Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan "Anak kamu......, Semalam Adam

pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan... lalu sudah kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar sana" terang Hawa. "Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau. Kemudian Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya "Khanazzzzz....!!!"
Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali.... dan Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya.


Apabila Adam pulang dan terlihat ah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku.
"Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam. "Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa.."Begini.. kita bakar anak Syaitan ini dan ..abu nya kita buangkan ke Laut,biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anaknya ini lagi..." terang Adam.

Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa.
"Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil
"Khanaz!!!"...kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali. Kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz. Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya.

"Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam. "Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa.
"Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam.


Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika
Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan.

"Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu..."jawab Hawa.
"Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin..
"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ˝Khanaz !!!
Iye Mak....jawab Khanaz dari dalam badan Hawa..
Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2 .. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.
Maka, duduklah Khanaz dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini sehingga hari kiamat.


Antara tugas Khanaz ialah:

  • Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum.Apa jer aktiviti kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
  • Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
  • Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer.."ubatnya banyak kan dengan BERISTIFAR
  • Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya...banyakkan Zikir...


Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini. baca BISMILLAH dan Doa.sekurang-kurangnya BISMILLAH.Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah. Dan mana yang suami Isteri tu sebelum BERSAMA. Baca lah doa2. nanti Khanaz dan the geng akan ikut serta. Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Ada...

Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was.

Walllahualam....

p/s: Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.

Monday, July 26, 2010

~ Sya’aban dan Nisfu Sya’aban ~



Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.



Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”.
Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”.
Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”.
Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”.
Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.


Thursday, July 22, 2010

~ Mata dan Penjagaanya ~

Mata merupakan salah satu anugerah Allah yang tidak ternilau hebatnya. Mata membolehkan kita melihat keindahan pemandangan yang ada di sekeliling kita. Membantu kita menilai dan mensyukuri nikmat hasil kepelbagaian ciptaanNya. Namun, masih ada yang gagal menjaga matanya dengan baik.

Oleh itu, untuk menjaga kesejahteraan mata. marilah kita cuba mengamalkannya. Ada 3 mata yang tidak dijilat oleh api neraka:
  • Melihat kaabah sehingga menitis air mata
  • Membaca quran sehingga menitis air mata
  • Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinang air mata


Mata juga mampu menyejukkan pandangan seseorang. pandang mereka semasa mereka sedang tidur. Ini kerana reaksi muka masa tidur menggambarkan apa yang dilalui dalam kehidupannya. Pandanglah wajah mereka untuk mengetahui apa yang tesirat di balik senyumannya. Orang yang penting dan kita sayang dalam hidup ini...
  • Anak
  • Ibu
  • Suami
Ustaz pernah berpesan " kalau kita ada perselisih faham dengan suami sampai nak bercerai, tataplah muka bila dia tidur kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh tiada dan carilah jalan penyelesaian terbaik.

Tuesday, July 20, 2010

~ Kaedah Lapangkan Diri ~

..........Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita...........

  • Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

  • Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang la ibumu selalu .

  • Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

  • kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik.

  • Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

  • Jika ibu kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.


p/s:Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai acara yang mencabar dan penuh ujian ALLAH, bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada juga yang tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers