saya dan Lenny telah menjadi pembangkang dalam perdebatan dalam tajuk presentasi kami nanti. seperti mana kata Prof: "pura2 sokong konvensional tapi dalam hati tidak sokong"
Pernyataan Masalah Kajian:
- Institusi perhotelan sering dipandang serong dengan perspektif tempat melakukan maksiat namun tidak dapat dinafikan bahawa institusi perhotelan juga merupakan salah satu sumber penjanaan pendapatan negara dan individu. Namun, kami diberitahu bahawa hotel El-Zahraa In yang diusahakan oleh HPA berlatarbelakangkan pengurusan Islam. Maka, kami terpanggil untuk mengkaji adakah benar El-Zahraa In mengamalkan pengurusan berteraskan Islam memandangkan asas pengurusannya telah diiktiraf oleh IMP(Islamic Managemant Product)?
- Adakah prinsip-prinsip pengurusan Islam yang diterapkan ke atas pengurusan dan pekerja-pekerjanya mempunyai kesinambungan keberkatan di dalam pekerjaan?
Objektif Kajian:
- Untuk mengkaji prinsip-prinsip pengurusan Islam Hotel El-Zahraa In
- Untuk mengkaji adakah prinsip-prinsip pengurusan Islam yang diterapkan membawa kesinambungan kepada etika pekerja dalam melaksanakan pekerjaan mereka.
Persoalan kajian:
- Apakah prinsip-prinsip pengurusan Islam Hotel El-Zahraa In?
- Adakah etika kerja Hotel El-Zahraa In bertepatan dengan prinsip pengurusan Islam?
- Adakah pekerja mereka melaksanakan prinsip-prinsip pengurusan Islam Hotel El-Zahraa In dalam melaksanakan pekerjaan mereka?
Metodologi Kajian:
- Sorotan Karya - apakah etika pengurusan Islam?
- Survei - soal selidik yang akan dijalankan ke atas pihak pengurusan dan pekerja Hotel El-Zahraa In
No comments:
Post a Comment