Asas kpd penyelidikan berteraskan Islam adalah berdasarkan surah al-Alaq 1-5 yang bermaksud:
قْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ [96.1]Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ [96.2] Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ [96.3] Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ [96.4] Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ [96.5] Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ [96.2] Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ [96.3] Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ [96.4] Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ [96.5] Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
** apa jua penyelidikan yang dilakukan hendaklah dimulakan dengan Niat Krn ALLAH dan disudahi dengan mardhatillah (keredhaan Allah). selain itu, kita jg harus tahu tentang asal usul kejadian manusia itu sendiri. kita jg perlu tahu medium dlm penyelidikan sama ada melalui pembacaan, teknologi atau qalam iaitu alat dlm penyelidikan.
Secara ringkasnya dapatlah saya rumuskan bahawa tasawur ( Gambaran/pandangan Islam tentang kewujudan) @ worldview mencakupi epistemologi dan ontologi.
Komponen asas dlm tasawwur Islam ialah
a) akidah tauhid - konsep tauhid ialah kepercayaan kpd Allah yg satu/esa.
3 aspek keesaan kpd Allah:
- tauhid rububiyah - Allah sbg pencipta dan pentdbir alam dan seluruhnya.
- tauhid uluhiyah - penyembahan, ibadat & permohonan adalah kpd Allah
- tauhid asma wa al-sifat - konsep tauhid terhadap nama2 & sifat Allah terhadap Allah y Esa.
b) Peranan manusia - manusia mempunyai 2 peranan khalifah Allah di muka bumi & hamba kpd Allah.
Khalifah - pemimpin manusia y tertinggi seperti mana firman Allah dlm surah Al-An'am: 165 maksudnya "Dan Ia (Allah)lah yang telah menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi." dan dalam surah Al-Baqarah: 30 juga ada maksudnya "dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berkata kepada Malaikat, sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.". selain itu, manusia turut dikurniakan akal untuk berfikir.
Hamba Allah - segala apa yang dimulai dgn niat krn Allah akan dianggap sbg ibadat terhadap Allah dan manusia hanya bertanggungjawab menyembah Allah & beribadat kepada Allah sepertumana dlm Firman Allah dlm Surah al-Dzariyat : ayat 56"Dan Aku ( Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)"
selain itu, manusia jg tidak mampu lari drpd ujian yang didtgkn oleh Allah semata2 ingin menguji hambanya. ini amat berlawanan dengn konsep falsafah lazim. konsep hamba kpd Allah memerlukan kita menerima kesemua apa jua y telah ditentukan Allah kpd kita tanpa meninggalkan usaha dan doa namun masih berada dlm lingkungan takdir Ilahi.
Muslim jg akan dipertanggungjawabkan ke atas segala tindak tanduk mereka di muka bumi ini dan akan dihisab di akhirat kelak(kesinambungan kelestarian). ini amat berlawanan dengan falsafah penyelidikan lazim, apa y mereka lakukan hanyalah semata2 kerana keuntungan peribadi.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
sumber utama dlm Islam (dalil naqli) ialah al-quran (sumber mutlak) & as-sunnah
ijmak & Qias (dalil aqli)
dlm Islam - tidak timbul isu sekular iaitu memisahkan agama dgn ilmu. ini kerana konsep Islam adalah Ad-din iaiu tatacara kehidupan yg menyeluruh manakala religion dlm konsep Barat ialah hubungan manusia dengan Tuhan.
secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa keimanan kpd Allah yg Esa merupakan garis panduan utama kpd keseluruhan tindak tanduk manusia manusia.
No comments:
Post a Comment