Pejam celik pejam celik, hari ini sudah 14 Syaaban...maknanya 14 hari saja lagi akan menjelangnya bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan...bercakap tentang bulan ramadhan..apa yang dirindui ialah keluarga di kampung terutamanya masakan abah pada waktu berbuka dan masakan mak pada waktu bersahur.kami juga akan sama ke masjid melakukan terawih(moga-moga tahun ini saya diberi kesempatan lebih kerana tahun lepas banyak tertinggal gara-gara tugasan luar)....tahun ini merupakan tahun ke-4 saya merantau di Pulau Pinang dan tahun ke-4 jugalah saya akan berpuasa di sini.......
Namun, pada tahun lepas. saya telah bekerja selama 3 bulan di bahagian Program sebagai Programme Oficer di Yayasan Budi Penyanyang Malaysia. (
kalau nak tau selanjutnya klik la sini http://www.penyayang.org.my/)... Di YBPM, raidah telah menimba pelbagai pengalaman dan kenangan manis da pahit..salah satu kenangan terindah bekerja di sana ialah Raidah terlibat dalam program "Utusan Penyayang"... secara ringkasnya, dapatlah dikatakan bahawa kami akan ke rumah orang2 susah terpilih untuk menghulurkan bantuan makanan berbuka dan bersahur dan sedikit keperluan harian dan sumbangan ikhlas.
inilah pasukan kami...Utusan Penyayang...menjadi orang perantaraan membantu mereka yang memerlukan bantuan
Pelbagai perasaan dirasai semasa melawat mereka.yang paling raidah xboleh lupa ialah melawat adik yang menghidap tumor di kepala (ada air di dalam kepalanya) yang menyebabkan kepalanya membesar namun adik tersebut tetap hidup ceria dan seronok bile kami melawatnya..ibunya juga tabah menjaganya..
Kawan2..marilah kita sama-sama berdoa agar adik ini cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupannya...kalau raidah xsilap.umurnya 9 tahun.
selain itu, ada juga seorang ibu yang sangat baik hati yang telah menjaga seorang ibu tunggal yang ditinggalkan suaminya...Ibu yang ditinggalkan suaminya itu warganegara Indonesia...anak-anaknya sangatlah comel dan baik.....moga-moga nasib anak-anak ini mampu dipelihara dan dapat menyumbang ke arah kebaikan.
Ketabahan seorang ibu kelainan upaya membersarkan anaknya dan anak saudara sangat menyentuh hati...anak-anaknya sangat baik dan memahami kekurangan ibunya. walaupun mereka masih kecil namun mereka seperti mengerti apa yang dilalui oleh ibu mereka.
Kebiasaanya, kami akan berbuka puasa di rumah terakhir yang akan kami kunjungi...untuk sama-sama merasai erti kehidupan mereka dan perjuangan mereka dalam menunaikan ibadah dalam kehidupan mereka....
p/s: kepada pasukan Sahabat Penyayang...jika tahun ini masih ada tradisi ini...jika raidah diberi kesempatan..insyallah raidah akan terlibat..seperti kata seorang ibu: "kunjungan kamu lebih bermakna daripada makanan dan bantuan yang dihantar nak"...ini jelas menunjukkan mereka berasa senang dengan kedatangan sahabat Penyayang...jika kita membuat seseorang senang hati maka insyallah...Allah juga akan menyenangkan kita...sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Penyayang......
No comments:
Post a Comment