Friday, August 7, 2009

~ Pembentangan pelajar PhD ~

Pada hari ini, 7 Ogos 2009, kami semua dijemput menghadiri Pembentangan Thesis Ijazah Doktor Falsafah Pak Sukiman......Tajuk thesis Pak Sukiman ialah Kaedah Pembangunan Aceh Pasca Tsunami Ke Arah Pembangunan Berteraskan Islam.Penyelia utama Pak Sukiman ialah Prof Syukri manakala penyelia bersama Dr Muhammad Khairul Anwar....

Saya sangat tertarik dengan cara Pak Sukiman membentangkan thesisnya..beliau sangatla bersemangat dan beremosi..umpama kata Prof itu yang memberi kelebihan kepada beliau kerana bila kita minat dan berkomitmen terhadap tajuk yang kita pilih maka kita akan keluarkan segala komitmen dan minat tersebut..banyak pengetahuan dan ilmu baru yang raidah dapat pada hari ini...seperti sejarah kebesaran/kegemilangan Aceh selain digelar serambi Mekah ia juga mempunyai Sultan yang sangat berwibawa - Sultan Iskandar Shah.Namun semua tu hanyalah tinggal kenangan (sila klik untuk maklumat lanjut: http://www.acehinstitute.org/opini_hafas_furqani_aceh_dan_kesadaran_sejarah.htm)Moga-moga moga-moga zaman kegemilangan Aceh sebagai serambi Mekah akan dikembalikan =) insyallah....




inilah Masjid Baiturahman-Aceh yang diceritakan oleh Pak Sukiman..ini sebelum Tsunami


ini pula keadaan di hadapan Masjid Baiturahman-Aceh selepas tsunami


imej terbaru Masjid Baiturrahman. Sekali pandang nampak seolah-olah tidak pernah terjadi apa-apa pada masjid itu sedangkan hakikatnya, masjid itulah saksi di mana ribuan manusia terbujur kaku di sekelilingnya

Setelah Pak Sukiman selesai membuat pembentangan, maka tibalah masa pengkritik untuk memberi pendapat...Dr Zahri mengatakan bahawa isi kandungan Pak Sukiman sudah memadai dan sorotan karyanya sangat bagus cuma ada beberapa kesilapan teknikal yang perlu diperbaiki. Dr Zahri juga meminta Pak Sukiman agar memperhalusi atau menekan beberapa tajuk kerana dia tidak nampak dengan jelas pak Sukiman menjawab persoalan tersebut dan Prof Syukri mencadangkan agar ditekan di bab penutup. Manakala Dr Sukainah pula memberitahu beberapa perkara penting seperti konsistensi dalam menulis bibliografi dan rujukan..cara-cara hendak kod penyataan melalui buku dan kesinambungan dalam membuat nota kaki. Selain itu, Prof Syukri juga mengingatkan kami semua agar memastikan segala ejaan dieja dengan betul dan menggalakkan kami mempunyai software dewan eja....





Pengkritik thesis Pak Sukiman: Dr Sukainah & Dr Zahri





p/s: setelah melihat Pak Sukiman membuat pembentangan, tetiba terdetik di hati: "mampu ke aku nak buat macam tu???"..di mana ada usaha di situ ada hasil (ciptaan sendiri)




No comments:

Post a Comment

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers