Setelah meninjau-ninjau sendiri keadaan hotel lebih kurang 20 minit, tiba-tiba kami dijemput memasuki bilik khas tetamu untuk memulakan temubual kami. Kami telah diperkenalkan dengan En Sururi selaku pembantu En Khir dan penyelis hotel. Beliau telah memberikan kerjasama yang sangat baik. Kami memulakan temubual tersebut dengan memperkenalkan diri kami dimulakan dengan ketua kumpulan k.Shafiza dan lain2. kami turut menyatakan tujuan mengadakan lawatan kajian dan mengapa kami memilih hotel el-zahraa inn.
En Mohd Sururi dengan khusyuknya mendengar penjelasan dari Kak ShafizaTemubual kami telah berlangsung lebih kurang 45 minit...pelbagai persoalan telah ditujukan kepada En Sururi dan beliau telah menerangkan dengan begitu baik sekali malah beliau tidak menghalang sekiranya kami akan berhubung lagi selepas ini untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kami juga telah melakuka n sedikit perbincangan agar kami lebih memahami pengoperasian hotel el zahraa inn. Sebelum kami mengundurkan diri.kami telah memohon izin agar kami diberi kesempatan untuk meni jau sendiri bilik-bilik yang ditawarkan kepada pelanggan dan En Sururi dengan senang hati membawa kami melawat bilik-bilik tersebut. sepanjang peninjauan kami ke bilik-bilik tersebut, kami semua sangat kagum dengan keindahan dan kekemasan bilik hotel...sangat cantik....Sebelum kami mengundurkan diri, kami telah mengambil gambar sebagai kenang-kenangan bersama pihak hotel....Terima kasih kepada kakitangan hotel el Zahraa Inn yang sangat bekerjasama...semoga segala usaha kita diberkhatinya....
sedikit cenderamata dari pihak kami kpd pihak hotelpihak hotel juga memberi kami cenderamata
No comments:
Post a Comment