Thursday, November 19, 2009

~ Pendidikan Anak-anak ~

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"- Falsafah Pendidikan Negara


Sehubungan itu, pelbagai usaha dijalankan bagi memantapkan tahap pendidikan negara kita agar sejajar dengan matlamatnya iaitu melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Falsafah pendidikan anak-anak sepatutnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia yang terdiri daripada rohani dan jasmani. Dan ia seharusnya bermula dari alam rahim lagi hinggalah ke alam barzah.


Islam sangat memandang berat isu pendidikan anak-anak sebelum ia lahir lagi. Islam telah menggariskan beberapa panduan untuk memastikan anak-anak mendapat didikan yang sempurna.
Maka dengan itu, Islam telah menggariskan beberapa hak anak-anak sebelum ia lahir sehinggalah ia meninggal dunia. Antaranya ialah:

  1. Ikatan perkahwinan di antara ibu bapa adalah sah di sisi agama Islam.
  2. Ibu bapa mempunyai akidah yang sama.
  3. Dilarang membunuh kanak-kanak dan membenci anak perempuan.
  4. Ibu bapa perlu menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan untuk mendidik anak-anak mereka nanti.
  5. Azan (telinga kanan) atau iqamat(telinga kini) pada anak itu nanti.
  6. Melakukan Tahnik (memaniskan lelangit), mencukur rambut dan berakikah.
  7. Memberi nama yang baik.
  8. Hak menyusu.
  9. Berkhatan.
  10. Memberi pendidikan dan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat.


Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan


~ Sebat dan Kartika ~

Sejak beberapa bulan yang lalu, isu sebat dan Kartik Sari Dewi Shukarnor ini diperbesarkan oleh pihak media seolah-olah ada maksud tersirat yang ingin diluahkan oleh sesetengah pihak.Malah, ia turut menarik minat media asing untuk berkunjung dan melawat Kartika. Tidak sukar untuk memahami isu Kartika. Namun sukar untuk memahami mengapa isu ini diperbesar-besarkan. Walaupun kini ia telah semakin kurang diperkatakan namun isu sebat masih terus dipersoalkan.


Penulis ingin memetik kata-kata Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin,“
Apa yang menimpa Kartika membuka mata banyak pihak mengenai isu arak malah hukuman rotan itu sendiri menimbulkan rasa gerun kepada sesetengah orang”...ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat seharusnya pandai menilai mengapa hukuman dijatuhkan dan siapa yang dihukum dan bukannya bertelagah mengenai hak untuk membuat rayuan...mencegah lebih baik daripada merawat. Ini akan menjadi pengajaran kepada mereka-mereka yang berada di luar sana.


Islam itu indah...ada banyak kelonggaran dan tolak ansurnya misalnya rukhsoh. Namun haruslah diingat jangan diambil kesempatan dia atas kelembutan itu. Dalam kelembutan perlu ada ada ketegasan..kata perlu dikota..janji perlu di tepati...hukum mesti dipatuhi....jangan berani pertikaikan yang bathil dan yang hak..buruk padahnya nanti....


Penulis bukan hendak mempersoalkan hukuman yang bakal dilaksanakan namun hanya ingin berkongsi maklumat berkenaan cara pelaksaan hukum sebat yang sepatutnya dijalankan. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara Islam, adalah wajar hukuman sebat yang dijalankan berlandaskan cara Islam dan bukanya cara Sivil. Berikut ialah sedikit gambaran perbezaan cara hukum sebat Islam dan Sivil.


SEBAT CARA ISLAM

  1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
  2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
  3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
  4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
  5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
  6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
  7. Tidak melukakan kulit pesalah.




SEBAT CARA SIVIL

  1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
  2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
  3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
  4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
  5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
  6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
  7. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.



P/s: sebatan cara mana yang sepatutnya diamalkan??Bukankah tujuan utama hukuman dijatuhkan adalah bertujuan untuk mendidik?? Renung-renungkanlah.

Friday, November 6, 2009

~ Jangan Terlalu Susah Hati~

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.



Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.



Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.


Jangan
ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..


Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.


Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.



Jangan
bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.



Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.



Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan
mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Thursday, November 5, 2009

Tips Mengurangkan Tekanan:-
  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

  • Perbanyakkan membaca Al-Quran

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

  • Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

  • Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

  • Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

  • Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

  • Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

  • Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

  • Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers