Wednesday, December 23, 2009

~ Sifat Terpuji Orang Soleh ~

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan kepada Rasul,maka mereka dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah.(Mereka yang dimaksudkan) ialah para nabi,shiddiqin,syuhada (orang-orang yang mati syahid) dan orang-orang soleh.Alangkah baiknya berteman (berdamping) dengan mereka." An-Nisa:69

Ciri-ciri terpuji orang soleh ialah:

  1. Berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita.
  2. Menghubungkan silatulrahim dengan orang yang memutuskannya dengan kita.
  3. Memaafkan orang yang pernah menghalangi usaha kita.
  4. Memberi kepercayaan semula kepada orang yang pernah berkhianat kepada kita.
  5. Menegur atau mencakapi orang yang pernah mengusir kita.
  6. Memuliakan atau menghormati orang yang pernah melakukan penghinaan kepada kita.

~ AR-RUBAI binti An-Nadhr ~

AR-RUBAI binti An-Nadhr ialah seorang wanita yang baik. Beliau mempunyai adik-beradik iaitu Anas dan Ummu Hakim. Dia juga mempunyai seorang bapa saudara yang bernama Anas bin Malik. Beliau adalah pembantu kepada Nabi Muhammad.Ar-Rubai merupakan wanita yang awal memeluk agama Islam. Ar-Rubai berkahwin dengan Suraqah bin al-Haris an-Najjari. Hasil perkahwinan mereka lahir seorang anak lelaki yang diberi nama Harisah.

Ar-Rubai atau dikenali dengan panggilan Ummu Harisah adalah seorang ibu yang pandai mendidik anaknya. Ar-Rubai selalu mendoakan agar anak lelakinya itu menjadi seorang pahlawan Islam yang handal.

"Harisah, sekarang awak sudah besar. Ibu mahu awak ikut Nabi Muhammad dalam siri peperangan," kata Ummu Harisah.

"Ibu, saya belum biasa memegang pedang. Apatah lagi menunggang kuda atau memanah," balas Harisah pula.

"Itu tidak menjadi masalah. Nabi Muhammad boleh menolong awak. Ibu percaya Nabi Muhammad boleh menyelesaikan masalah awak ini," kata Ummu Harisah.

"Baik ibu. Saya akan belajar bersungguh-sungguh teknik dan cara peperangan yang betul," jelas Harisah dengan bersemangat.

Harisah seorang anak yang baik dan taat kepada ibunya. Berkat nasihat dan doa dari ibunya, Harisah akhirnya menjadi seorang pemuda yang gagah berani.Anaknya itu tidak gentar menghadapi musuh. Bahkan anaknya sering mengharapkan agar dirinya mati syahid di medan perang.

Pada suatu hari Nabi Muhammad berjumpa dengan Harisah lalu bertanya, "apa khabar awak sekarang?"

Lalu Harisah menjawab, "Saya sihat dan sejahtera. Saya kini sudah benar-benar merasakan betapa agungnya nikmat yang Allah berikan kepada saya. Hidup dan mati saya hanya kerana Allah," kata Harisah.

Nabi Muhammad pun berkata lagi, "hati awak kini sudah dipenuhi dengan keimanan kepada Allah".

Harisah bertambah semangat mendengar kata-kata Nabi Muhammad lalu dia menyambung lagi, "wahai Nabi Muhammad tolong doakan semoga saya berjaya mengalahkan musuh di medan perang. Sekiranya saya gugur di medan perang, doakan saya gugur sebagai seorang pahlawan Islam yang syahid".

Nabi Muhammad pun mendoakan semoga Harisah menjadi seorang yang syahid dalam peperangan melawan musuh Islam. Tiba masanya tentera Islam menghadapi musuh di Perang Badar pada tahun 2 Hijrah. Ummu Harisah tidak mahu anaknya melepaskan peluang keemasan itu.

"Wahai Harisah, pergilah ikut Nabi Muhammad dan tentera Islam yang lain ke medan perang Badar. Berjuang sehabis-habisan demi menegakkan agama Islam," kata Ummu Harisah kepada anaknya.

"Doakan semoga tentera Islam berjaya di medan perang Badar," kata Harisah sambil berjabat tangan lalu mencium tangan ibunya.

Harisah pun berangkat bersama angkatan tentera Islam ke medan Perang Badar. Perang Badar berlaku kerana umat Islam ingin mempertahankan keselamatan orang Islam. Pihak Quraisy Mekah tidak serik menindas dan mengancam orang Islam Makkah pada masa itu.

Berkat doa Nabi Muhammad akhirnya Harisah mati syahid di medan Perang. Berita kematian anaknya sampai kepadanya. Ummu Harisah menerima berita itu dengan tenang. Dia berdoa semoga anaknya dimasukkan ke syurga.

Ummu Harisah terus berjumpa dengan Nabi Muhammad lalu berkata, "wahai tuan, bagaimana keadaan Harisah. Sekiranya dia kini berada di syurga alangkah gembiranya saya. Tetapi jika sebaliknya saya amat sedih mendengar kematiannya".

Nabi Muhammad tersenyum lebar lalu berkata, "wahai Ummu Harisah, anak awak kini sedang berseronok di syurga Firdaus".

Alangkah gembiranya Ummu Harisah apabila Nabi Muhammad membawa berita itu.

"Alhamdulillah. Cita-cita Harisah untuk mati syahid akhirnya tercapai. Harisah kini bahagia di syurga yang paling tinggi," kata Ummu Harisah sendirian.

Tuesday, December 22, 2009

~ Siapakah dan Di Manakah IbLis??? ~

Dari Wahab bin Munabbah berkata dia:"Allah SWT telah menyuruh iblis mengunjungi Rasulullah S.A.W dan menyuruh iblis menjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh Rasulullah S.A.W kepadanya.Maka sampailah iblis dihadapan Rasulullah S.A.W.Iblis menjelma sebagai orang tua dan memegang sebatang tongkat"

RASULULLAH S.A.W: Siapakah engkau ini?

IBLIS : Aku adalah iblis.

RASULULLAH S.A.W: Mengapa engkau datang ke sini?

IBLIS: Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Allah mengunjungi tuan dan aku dimestikan menjawab segala pertanyaan tuan.

RASULULLAH S.A.W: Hai Iblis,berapakah musuhmu daripada umatku?

IBLIS: Ada 15 belas musuhku:

  1. Engkau sendiri (Rasulullah s.a.w)
  2. Raja yang adil.
  3. Orang kaya yang merendah diri.
  4. Saudagar yang jujur.
  5. Orang alim yang benar menjunjung perintah Allah.
  6. Orang mukmin yang selalu menasihati orang.
  7. Orang mukmin yang pemurah.
  8. Orang yang bertaubat bersungguh-sungguh dan tetap dalam taubatnya.
  9. Orang yang tidak suka pada benda yang haram.
  10. Orang yang sentiasa berwudhuk.
  11. Orang mukmin yang banyak sedekahnya.
  12. Orang mukmin yang menolong orang yang berhajat.
  13. Pembawa Al-Quran yang selalu membacanya.
  14. Orang mukmin yang baik budi pekertinya.
  15. Orang mukmin yang asyik beribadat di waktu malam hari sedang orang lain dalam tidur nyenyak.
RASULULLAH S.A.W: Siapakah sahabat-sahabatmu?

IBLIS: Sahabat-sahabatku ada 10 jenisnya:

  1. Sultan yang zalim.
  2. Orang kaya yang sombong.
  3. Saudagar yang khianat.
  4. Peminum arak dan tuak.
  5. Orang yang selalu berkelahi.
  6. Orang yang mengerjakan zina.
  7. Orang yang makan harta anak yatim.
  8. Orang yang meringankan solat.
  9. Orang yang menahan zakat.
  10. Orang yang menganggap dirinya akan berumur panjang.
---------------------------------------------------------------------


Tersebut dalam kitab Al-Arais kerangan Abi Ishak,halaman 29,maksudnya:Diceritakan bahawasanya iblis berkata kepada Tuhannya:

IBLIS: Hai Tuhanku,telah Engkau laknat akan daku dan telah engkau keluarkan aku dari dalam syurga dan telah Engkau jadikan aku daripada syaitan yang dilontar dan dicela,padahal kepada Bani Adam (anak cucu Adam) telah Engkau bangkitkan para Rasul,maka siapakah pula Rasul-rasulku?

ALLAH SWT: Rasul-rasulmu ialah tukang tenung.

IBLIS: Apakah kitab-kitabku?

ALLAH SWT: Wasyam yakni hikayat atau dongengan.

IBLIS: Apakah hadisku?

ALLAH SWT: Hadismu ialah dusta.

IBLIS: Apakah bacaanku?

ALLAH SWT: Bacaanmu ialah syair.

IBLIS: Siapakah tukang azan (mu'azzin) bagiku?

ALLAH SWT: Mu'azzinmu ialah seruling,serunai (mizmar).

IBLIS: Apakah rumahku?

ALLAH SWT: Rumahmu ialah tandas.

IBLIS: Apakah masjidku?

ALLAH SWT: Masjidmu ialah pasar (pekan).

IBLIS: Apakah makananku?

ALLAH SWT: Makananmu yang tidak dibaca bismillah atasnya.

IBLIS: Apakah minumanku?

ALLAH SWT: Minumanmu ialah minuman yang memabukkan.

IBLIS: Siapakah pukatku (jaringku)?

ALLAH SWT: Jaringmu ialah perempuan

Monday, December 21, 2009

~ Tidur dan Kebaikannya ~

Dan kami jadikan tidurmu untuk istirehat.”(Surah an-Naba’)

"Daripada rahmat-Nya (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur" (Surah al-Qasas)


Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."


Tidur merupakan salah satu istirehat dan riadah kepada tubuh badan manusia dan ianya boleh dianggap sebagai satu ibadah. Islam amat mementingkan keseimbangan dalam kehidupan hambanya,. Justeru itu, Islam amat menggalakkan umatnya memperolehi tidur dan istirehat yang secukupnya seperti apa yang telah diterangkan pada ayat-ayat di atas. Ini kerana tidur adalah hak yang perlu ditunaikan terhadap tubuh badan manusia. Oleh itu, tidur yang cukup dan berkualiti mampu mengembalikan kecergasan diri.


Tidur boleh dikatakan sebagai satu keadaan yang tidak sedar dengan mata terpejam kerana ingin merehatkan tubuh badan. Namun, apa yang menjadi persoalannya ialah berapa lamakah atau jumlah masa masa tidur yang patut kita ambil dalam sehari??? Pelbagai pendapat telah penulis perolehi namun tidak ada pengkhususan dalam isu ini.Bagaimanapun, kebanyakan ahli perubatan menyarankan agar kita tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari dan ianya bergantung kepada usia, jenis pekerjaan dan keadaan setiap individu. Misalnya, individu yang bekerja manggunakan akal fikiran memerlukan lebih banyak tidur berbanding individu yang bekerja menggunakan fizikal.


Waktu tidur yang baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10.00 malam. Manakala waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas Subuh hingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak. Menurut mereka lagi, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya. Tidur pada waktu siang banyak faedahnya asalkan tidak berlebih-lebihan dan ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari.


Penulis ingin berkongsi rahsia dengan rakan-rakan berkenaan dengan cara untuk memperolehi kecerdasan semasa waktu tengahari dan rahsianya ialah tidur sekejap di waktu tengahari Tidurnya pula lebih kurang 15 minit sahaja. Tujuannya adalah untuk mengembalikan kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti (kerja).


Selain itu, penulis juga ingin berkongsi rahsia cara tidur Nabi kita iaitu Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan.


Tidur sebenarnya mempengaruhi metabolisma badan individu dan merangsang daya penyerapan tubuh badan. Namun, banyak tidur juga tidak sihat untuk tubuh badan individu.Ini kerana jumlah tidur yang banyak bukan menjadikan kita lebih bersemangat, malah menjadikan tubuh kita lemah. Mereka yang banyak tidur akan mematikan hati, memberatkan badan, membazirkan masa, mewarisi sifat kemalasan dan kelalaian. Menurut hukum juga, tidur yang banyak hukumnya adalah makruh di sisi Allah.

~ Bid'ah Hasanah ~

Bid’ah bermaksud segala sesuatu yang terjadi atau dilakukan tanpa ada contoh sebelumnya. manakala Imam Asy-Syatibi pula mengatakan bida'ah, “Bid’ah adalah satu metod di dalam agama yang di ada-adakan menyerupai syariat, dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT sedangkan perkara tersebut tidak ada pada dalil syar’i yang shahih dalam asal atau tata cara pelaksanaannya.”


Namun tidak semua amalan bid'ah ditolak. Tidak semua bidaah itu sesat malah amalan-amalan yang baik termasuk dalam bidaah hasanah (bidaah yang baik) dan Islam tidak menolak amalan-amalan baik nenek moyang kita kerana ia menjadi budaya dalam sesuatu masyarakat dan diterima oleh masyarakat (uruf) malah jika hendak mengeluarkan hukum hendaklah mengambil kira adat dan budaya sesuatu masyarakat.


Oleh sebab itu, atas alasan apakah yang mereka gunakan untuk menentang amalan-amalan baik yang diketengahkan oleh masyarakat Melayu Islam Malaysia seperti membaca yasin secara beramai-ramai, menyambut Maulud Nabi, menyambut Maal Hijrah..bukankah ia satu usaha murni untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dan ukhwah di kalangan umat Islam pada masa yang sama mampu memeberi kesedaran kepada masyarakat kita tentang sejarah-sejarah besar Islam..


Sabda Nabi Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Sesiapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat; dan sesiapa yang memberi contoh kejahatan, maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat.” (Petikan kitab Tanbihul Ghafilin, halaman 13).


Kebanyakkan amalan bid'ah yang diterima oleh masyarakat kita adalah satu alternatif untuk melakukan amalan baik dan pahala. Rasullullah sendiri menerima amalan Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram. Sabda Baginda “Aku lebih berhak dari kamu. Oleh hal yang demikian itu, aku akan berpuasa bukan sahaja pada 10 Muharam malah pada hari 9 Muharam.” Oleh sebab itu ia disunatkan sehingga hari ini dan banyak diamalkan oleh masyarakat kita.


Satu contoh lain yang ingin penulis ketengahkan ialah meramaikan sembahyang jenazah. Ada segelintir masyarakat kita yang mengatakan bahawa ia tidak perlu diadakan kerana sabda Nabi yang bermaksud “Segala amalan dikira mengikut niat dan bagi seseorang itu apa yang diniatkannya.” dan fahaman Wahhabi menegakkan bahawa pahala doa hanya akan sampai kepada ahli keluarga sahaja. Islam menganjurkan amalan menolong keluarga yang dalam kesedihan akibat kematian. maka dengan adanya solat jenazah beramai-ramai, ia akan meringankan dan menggembirakan hati yang sedang berduka. Dan amalan tersebut juga mampu merapatkan lagi silaturahim dan memberi peringatan kepada masyarakat bahawa kematian itu pasti akan tiba.


Setiap amalan Bid'ah hasanah yang diadakan bukanlah diwujudkan dengan sewenang0wenangnya. Ia adalah berdasarkan alasan yang kukuh dan bukannya mengikut hawa nafsu semata-mata.

Sunday, December 20, 2009

~ Kalam Hikmah ~

Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya, begitu jugalah dengan kehidupan manusia: riang ketawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya.


Andai kau rasa kecewa, lihatlah ke sungai, airnya masih mengalih biarpun berjuta batu menghalang.


Andai kau rasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu.


Andai kau gembira, sujudlah ke bumi tempatmu berpijak sebagai tanda syukurmu kepadaNya


semoga Allah tunjukkan jalan yang lurus dan diredha

Saturday, December 19, 2009

~ Kasihnya Ibu Bapa ~

Pada pagi Jumaat yang lalu, penulis telah menerima satu e mail yang cukup ringkas namun mengandungi maksud yang cukup mendalam dari rakan penulis yang berada di luar negara (Indonesia). Mungkin ada rakan-rakan yang telah melihatnya namun penulis ingin sekali berkongsi dengan rakna-rakan sekalian.

Ia mengisahkan bagaimana seekor Ibu/Bapa monyet yang cuba menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa "makanan" kepada seekor anjing. walaupun diketahui bahawa kudrat seekor anjing adalah lebih besar daripada kudrat seekor monyet namun demi kasih sayang terhadapnya anak, ia bertarung dengan anjing tersenut. Dan dengan izinNya, Ibu/Bapa monyet itu telah berjaya menyelamatkan anaknya.


Si Ibu/Bapa yang tidak mengenal erti takut dan gentar telah bertarung dengan anjing yang ingin menjadikan anaknya sebagai mangsa "makanan"

Dan akhirnya, kemenangan berpihak kepada si Ibu/Bapa monyet itu tadi

Moral of the story: Jika haiwan yang dikurniakan otak tetapi tidak bersama akal mampu melindungi dan menyayangi anaknya, malah sanggup bertarung nyawa demi mempertahankan anaknya. Inikan pula manusia yang dikurniakan akal yang cukup sempurna, seharusnya manusia mampu jadi lebih baik dari haiwan tersebut. Namun apa yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya. Ada segelintir manusia yang telah merendahkan taraf akal mereka dengan membuang atau meninggalkan anak mereka di tempat yang tidak sepatutnya.....................cepat ucap Astaghfirullahalazim.



Thursday, December 17, 2009

~ Falsafah Perkahwinan Dalam Islam ~

Firman Allah S.W.T.

'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.' (Yaasin: 36)

Allah S.WT. berfirman:

'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir' (ar-Ruum:21)

Allah S.WT. berfirman:

'Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... ' (An-Nisa':1)


Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Daratan berpasangan dengan lautan. Malam berpasangan dengan siang dan sebagainya. Jika perhatikan kejadian alam ini, pasti kita dapat mengerti mengapa dijadikan lelaki dan perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah lelaki melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkat keindahan dan kelembutan.


Tujuan perkahwinan ialah menyusun dan memperelokkan pergaulan di antara lelaki dan wanita supaya mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan akan mengakibatkan kepincangan. Justeru itu, perkahwinan disyariatkan untuk mengatasi kepincangan tersebut. Dalam perkahwinan, terdapat beberapa kewajipan dan peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Dan jika sebaliknya maka pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.


Oleh kerana perkahwinan adalah perkembangan daripada keluarga yang sedia ada dan mewujudkan keluarga baru yang boleh mempengaruhi keadaan baik buruk sesuatu masyarakat maka perkahwinan yang tidak menghormati masyarakat seperti kahwin lari, tangkap basah dan lain-lain adalah sangat dikeji oleh Islam.


Islam telah menetapkan peraturan peraturan perkahwinan dan perjalanan keluarga dengan sempuma. Peraturan ini tidak hanya berbentuk undang-undang tetapi juga menerusi pembentukan rasa tanggung-jawab dan menghormati nilai-nilai akhlak yang dibina menerusi kesedaran beragama yang dipupuk menerusi pendidikan. Kesempurnaan undang-undang yang mengawal perjalanan keluarga tidak mencukupi bagi menjamin ketenteraman keluarga itu. Keluarga mesti disusun dan dikawal oleh rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak Islamiyyah. Rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak itu hanya akan berkembang subur di kalangan orang-orang yang mempunyai kesedaran keagamaan. Kesedaran keagamaan yang terpenting ialah apabila seseorang itu sentiasa mengingatiallah S.WT. dan takut kepada-Nya. Kesedaran ini merupakan kawalan berkesan untuk seseorang mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Tanpa kesedaran ini peraturan yang sempurna tidak memberi banyak kesan, kerana orang yang tidak dapat mengawal dirinya dengan kesedarannya terhadap wujudnya Allah S.W.T. dan takut kepada-Nya, akan dengan mudah melanggar undang-undang dan peraturan itu. Apabila undang-undang tidak dihormati, ia tidak bermakna lagi walau bagaimana sempurnanya undang-undang itu.

Wednesday, December 16, 2009

~ Wali – Mari Shalawat ~

Shalatullah salamullah, ‘ala Thaha Rasulillah
Shalatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah


Daripada kita pacaran
Lebih baik kita shalawatan
Daripada kita berduaan
Nanti bakal di hasut setan


Awas jangan dekat-dekatan
Kitakan belum ada ikatan
Daripada dekat-dekatan
Mending kita shalawatan


BUkan aku tak suka padamu
Bukan aku tak mau denganmu
Tapi aku mau lihat dulu
Setebal apa imanmu


Sudahlah engkau lupakan
Anggap saja kita ta’arufan
Sudahlah jangan kau pikirkan
Mending kita shalawatan

~ HuKuM BerCELAK bagi MUSLIMAH ~

Hukum memakai celak mata adalah harus samada bagi lelaki atau perempuan dan merupakan perhiasan yang pernah di pakai oleh Nabi saw sebagaimana hadith Tirmizi dan Ibn Majh dari Ibn Abbas ra yang bermaksud :"Adalah pada Nabi saw suatu celak yang digunakan oleh baginda 3 kali waktu tiap kali memakainya"

Dalam hadith yang lain pula Nabi saw bersabda yang maksudnya :"Siapa yang pakai celak maka hendaklah dipakainya 3 kali"......Berkata ulamak "siapa" dalam hadith tersebut termasuk juga kaum wanita....

Jadi ulamak telah menetapkan harus memakai celak bagi lelaki atau perempuan dan tiada larangannya melainkan pada ketika mengerjakan haji yaitu makruh hukumnya.




Kelebihan Memakai Celak Mata

  • Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Muhammad bin Hamid al-Razi, daripada Abu Daud Al-Tiyalusi daripada Abbad bin Mansur daripada 'Ikrimah daripada Ibn Abbas, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Bercelaklah kamu dengan ithmid, (ianya akan) mencerahkan pandangan, dan melebatkan rambut"

  • Teori rawatan Islam mengatakan pemakaian celak memang dapat membantu mencerahkan pandangan. Selain itu, ianya juga dapat menyejukkan mata.

  • Celak juga boleh melebatkan bulu mata...berdasarkan tafsiran rambut dalam sabda nabi.

  • Ithmid ialah sejenis celak daripada bahan logam, seperti besi. Konsepnya hampir sama seperti celak masyarakat Melayu, iaitu ada bekas yang mengandungi serbuk atau minyak celak, dan ada batang besi untuk mencelup dan menyapu celak itu di mata. Ada ulamak yang menyatakan ianya merupakan celak daripada Isfahan.





Rujukan KItab Al-Mufassol Dr Abd Krim Zaidan juzuk 3 muka surat 354

wallahua'lam

Tuesday, December 15, 2009

~ Hanya sekadar gurauan~

Al-kisah seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi..maka tercetuslah perbalahan di antara isteri tersayang.......

Suami :Adindaku sayang!!!!! Lelaki kawin 3 baru lah sah!

Isteri : Kenapa pula kekandaku sayang???

Suami : Cuba adinda terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one , “dua” is two , “tiga”. Isteri (is three ). Baru betul dan sah!!!!!!

Isteri : Tapi kekanda juga kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “ singular ” dan “ plural ”

Suami : Apa pula kaitannya adindaku sayang????

Isteri : Satu tu “ Singular “; dua atau lebih “ Plural ”

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular , two cars sebagai plural . Apa bezanya perkataan tadi ya kekanda?

Suami : Ohhh… tambah huruf “s” kat yang perkataan yang plural

Isteri : Begitu jugalah dengan situasi kekanda nanti.....

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri kekanda MAMPU sebab ia adalah single , jika dua isteri maka ia menjadi plural, maka kekanda akan MAMPUS , tambah “s” je, kan ?


Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi .




(Hanya sekadar gurauan!)

Monday, December 14, 2009

~FiLeM KiTa WaJaH KiTa~

Filem Kita Wajah Kita...ini merupakan tajuk perbualan penulis dan rakan-rakan semasa mengambil kursus budaya...kami sering berbincang, apakah pandangan masyarakat luar terhadap imej negara kita jika pengarah dan penerbit filem asyik menerbitkan filem-filem yang berunsur masalah sosial dan hasad dengki...seperti filem Bohsia, Remp-It, Anak Halal..bukankah ia memberi satu imej dan tanggapan negatif kepada masyarakat luar...ini berbeza dengan filem-filem barat. Mereka menggunakan filem untuk mempengaruhi pemikiran dan budaya sesuatu masyarakat. Misalnya...melalui filem James Bond, kita dibayangi bahawa jejaka bergaya ialah jejaka yang kacak, memakai sut dan dikelilingi oleh wanita cantik dan seksi..dan pemahaman ini diterima ramai...


Hal ini juga terjadi apabila filem 2012 ditayangkan...ramai yang berpusu-pusu melihat filem tersebut dan pelbagailah cakap-cakap belakang yang didengari oleh penulis...ada yang mengatakan macam "real" la mereka buat filem...ada yang mengatakan kiamat nanti macam tu ke??? bukankah dalam Al-Quran telah mengatakan kiamat akan tiba juga nanti dan tidak ada satu pun yang akan selamat..dan apa yang membuat saya tersenyum adalah...ada sepasang kekasih bukan Islam yang mengatakan kita patut sediakan jet peribadi agar kita dapat selamat diri kita nanti....^_^



selain itu, filem-filem animasi Barat turut mendapat sambutan rakyat kita..Harry Porter, Spiderman, Superman,dan sebagainya telah mencetuskan fenomena berlainan di jiwa anak-anak kecil kita...mereka boleh membayangkan mereka menjadi Spiderman jika berpakaian seperti spiderman...ini pernah terjadi kepada saya...saya mengajar tuisyen pada waktu pagi..saya telah menegur seorang budak lelaki kerana berkelakuan kurang sopan terhadap saya..dia dengan bangganya telah menunjukkan aksi Spiderman mengeluarkan senjata tersembunyinya iaitu sarang labah-labah untuk menghukum saya dan menyuruh saya tunduk kepadanya...saya hanya mampu menggelangkan kepala dan berkata "go back to your and sit down".... inilah pengaruh barat yang dikatakan mampu melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif....



jika di barat penuh dengan filem-filem aksi..Di Malaysia penuh dengan filem-filem aksi juga...yang terbaru dalah filem Santau..Dengki Sampai Mati.....filem ini mengisahkan betapa orang Melayu penuh dengan hasad dengki..walaupun filem ini merupakan filem seram namun iamasih diselitkan pengajaran untuk para penonton yang memahaminya...Dalam budaya orang Melayu, ilmu hitam merujuk kepada ilmu ghaib yang digunakan bagi menjatuhkan orang lain bagi kepentingan diri sendiri. Ilmu hitam merangkumi yang diamalkan ada berkait rapat dengan makhluk halus (jin dan syaitan). Mengikut ulama, pengamalan ilmu yang tidak berlandaskan yang Maha Esa boleh membawa kepada syirik. Ini bererti sebarang bentuk sihir adalah dilarang muthlak.




p/s: sama-samala kita renung-renungkan.,...apakah hasilan filem-filem kita mampu menyedarkan rakyat kita atau memberi imej negatif kepada penonton luar..renung-renungkan dan selamat menjawab

Sunday, December 13, 2009

~ BuLaN MuHaRRaM ~


MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam dan pada tahun ini 1 Muharram 1431 jatuh pada 18 December 2009...
Muharam bermaksud 'diharamkan' atau 'dilarang' melakukan peperangan atau pertumpahan darah oleh Allah SWT namun larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).



Terdapat beberapa amalan yang disunatkan pada bulan Muharam:
    1. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib.
    2. Berpuasa. "Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun"
    3. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
    4. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali


Dalam bulan Muharam terdapat kelebihan yang dimasyhurkan dengan hari Asyura. Asyura bererti hari kesepuluh daripada bulan Muharam, sementara hari kesembilan dikenal dengan hari Tasu'a. Barang siapa yang berpuasa sunat di kedua-kedua hari tersebut, diberi pahala yang banyak oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak.

~ DIET~

Pada penulisan kali ini, penulis ingin berkongsi beberapa tips yang boleh dimanfaatkan oleh pembaca... sejak pulang ke kampung halaman musim cuti yang lalu, penulis telah gagal mematuhi piawaian skema diet yang telah ditetapkan oleh "Dr Diet" dan akibatnya...berat badan penulis telah naik mendadak dan ini telah menimbulkan "keresahan" di hati "Dr Diet" huhu.. Walaupun pada mulanya "Dr Diet" agak marah dengan penulis namun akhirnya beliau telah memberi satu senarai baru diet pemakanan penulis dan beberapa tips pemakanan..."Dr Diet selalu ingatkan penulis agar teruskan piawaian skema pemakanan yang diberikan...ini penting bagi memastikan apa yang dimakan tidak merosakkan sistem perhadaman penulis....oleh sebab itu, penulis ingin berkongsi beberapa tips yang telah diberikan oleh "Dr Diet". Menurut beliau, tips pemakanan diamalkan oleh Nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW......


  • Jangan makan SUSU + DAGING

  • Jangan makan DAGING + IKAN

  • Jangan makan IKAN + SUSU

  • Jangan makan AYAM + SUSU

  • Jangan makan IKAN + TELUR

  • Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

  • Jangan makan SUSU + CUKA

  • Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

  • Jangan makan Buah selepas makan nasi tapi sebaliknya

~ ReaLiTi KeHiDuPaN MaSa KiNi~




..........Ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit di dalam Al Quran..........




..........Ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia..........



.........Kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh............ alahai.. Tak cukup Masa.........

Thursday, December 10, 2009

~ Pesanan dari seorang rakan~

Assalamualaikum wbt.... Sekadar menyampaikan. .......

Pesanan terbaik dari seorang rakan....
--------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,

Cuma ingin berkongsi kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.


Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada
tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.


Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.


Kedua, Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.


Ketiga, surah Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' . Betul juga, fikir saya.


Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.



  • Pertama, kekuatan minda - Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

  • Kedua, kekuatan hati - Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik..

  • Ketiga, kuat fizikal - kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.........................................wallahualam..................................

~ Keluarga Bahagia ~

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan syaang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan


Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu

~ Penawar Penat Oleh Rasullullah ~

Hari-hari penulis mengeluh penat menjalankan kerja harian dan menelaah pelajaran dan tiba-tiba pada suatu hari, kawan kepada penulis telah menulis sesuatu dan memberinya kepada penulis...penulis ingin berkongsi rahsia mengatasi kepenatannya bersama-sama rakan-rakan....



Menurut beliau, ini adalah rahsia kecerdasan nabi yang telah diwariskan oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."




Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. bersabda:


Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur :-

bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali

bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali

bertakbir (Allahuakbar) 33 kali

Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."




p/s: Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah
petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita.Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.



~ You & Your LIFE ~

Your Heart is your Love,
Your love is your Family ,

Your family is your Future ,
Your future is your Destiny ,
Your destiny is your Ambition,
Your ambition is your Aspiration ,
Your aspiration is your Motivation ,
Your motivation is your Belief
Your belief is your Peace ,
Your peace is your Target ,

Your target is your Friends,
Life is no fun without
FRIENDS

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers