Friday, August 28, 2009

~ KemBaR RaiDaH ~

Pada jam lebih kurang 4 lebih..tiba-tiba penulis di"buzz" dan diberi salam oleh seseorang yang tiada dalam list YM penulis...terkejut juga tapi penulis menjawab salam dan bertanya khabar...Berikut ialah perbualan kami berdua...


emelda_matilda (8/26/2009 4:29:00 PM): salam
cikrai (8/26/2009 4:29:15 PM): wslm
emelda_matilda (8/26/2009 4:29:40 PM): tau x mane sy dpt ym awk
cikrai (8/26/2009 4:29:49 PM): xtau
cikrai (8/26/2009 4:29:54 PM): dari mana??
emelda_matilda (8/26/2009 4:30:03 PM): sy search mkne name sy
emelda_matilda (8/26/2009 4:30:08 PM): n jmpe blog awk
emelda_matilda (8/26/2009 4:30:18 PM): n amazingly name kt btol2 same
cikrai (8/26/2009 4:30:21 PM): really???
cikrai (8/26/2009 4:30:24 PM): raidah??
emelda_matilda (8/26/2009 4:30:34 PM): raidah abdul rahaman
emelda_matilda (8/26/2009 4:30:41 PM): cume ade 1letter yg beza
cikrai (8/26/2009 4:31:01 PM): alhmdllh..ada kembar pada nama
emelda_matilda (8/26/2009 4:31:05 PM): hihi

yang selebihnya biarlah rahsia....seronok rasanya bila kita dapat meluaskan "network" dan berkenalan dengan rakan-rakan yang berada di luar dugaan kita...setelah berborak panjang..barulah pebulis tahu bahawa kembar penulis sekarang berada di Johor..membuat praktical.Kembar penulis merupakan pelajar Uitm Segamat, Bidang Finance...insyallah jika diberi kesempatan dan keizinan Allah..kami akan berjumpa...

Penulis sendiri berpendapat bahawa blog bukan sahaja tempat mencurahkan apa yang kita fikirkan malah mampu menzahirkan apa yang tersimpan dalam diri individu.. Daripada penulisan ia juga dapat menggambarkan peribadi dan akhlak penulis. Ini kerana seperti apa yag telah dibentang dalam kelas kelmarin. Akhlak ialah apa yang difikirkan dan dizahirkan dalam bentuk perbuatan secara sukarela...


Selain itu, penulisan juga dapat membantu meningkatkan daya pemikiran.Jika kita mempunyai sesuatu isu untuk ditulis maka kita akan menggunakan segala "resources" yang berada di sekeliling kita untuk dijadikan bahan penulisan...dan cara kita "react" terhadap sesuatu isu...
Harapan yang tersimpan dalam sanubariku ini ialah dapat meningkakan gaya penulisan dari semasa ke semasa..."practice makes perfect"....

p/s: ada soalan yang ingin ditujukan kepada rakan-rakan...adakah anda semua sudah dapat mengenali peribadi saya melalui penulisan blog saya???silalah komen...

Monday, August 24, 2009

~ MiNuM AiR WaKtU SaHuR ~

Bersahur itu sangatlah dituntut ke atas orang-orang yangberpuasa. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Bersahur itu adalah suatu keberkatan. Maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan hanya meneguk air seteguk,kerana Allah dan para Malaikat berselawat atas orang-orang yang bersahur." Bersahur adalah sangat dituntut kerana bersahur dapat membezakan cara berpuasa orang Islam dengan bukan Islam.
Minum Air waktu Sahur Oleh Dr. Osman Nasir
  • Penyejatan air dari kulit dan penghembusan keluar air ke udara daripeparu penting untuk pengawal aturan suhu tubuh. Air memindahkan suhudari satu bahagian tubuh kebahagian lain; di mana perpindahan air inimenstabilkan suhu tubuh.
  • Tubuh menggunakan air untuk membolehkan buahpinggang berfungsi secara normal. Kebanyakan bahan kumuhan tubuhdikumuhkan melalui buah pinggang. Cecair tubuh menjadi medium(pengantara) untuk enzim dalam keadaan larut, hormon dan koenzim. Enzimialah protein yang memulakan dan mencepatkan tindakbalas.
  • Hormon ialah rembesan kelenjar yang bertindak sebagai pengutus kepada organ tubuhdengan merangsangkan beberapa proses kehidupan dan merencatkan yanglain. Koenzim ialah sebahagian enzim yang diperlukan untuk pengaktifanmolekul protein untuk membentuk satu enzim yang sempurna.
  • Air juga menolong menyelenggarakan imbangan elektrolit dan juga bertindak sebagai pelincir dalam pencernaan serta proses-proses lain dalam tubuh.

p/s: jangan kurang minum air ketika bersahur dan berbuka..Kurangnya air dalam tubuh boleh menyebabkan dehaidrasi (dehyration)-kekeringan tubuh.

~ BaZaR RaMaDhaN ~

I try to figure out what in my mine..and maybe i want to write and share something about Bazar Ramadhan sprout like mushrooms after the rain in fasting month.

Penang also known as The Pearl of the Orient (veritable food paradise). I decided to go to Bazar Ramadhan at Bayan Baru,which located behind mosque and near to Sunshine Square. There were so many choices of foods..... (jangan teruja..istifar bebanyak)




the famous "ayam percik",,,a must in my list


"Gulai Kawah" the speciality of the Utara Region

glutinious rice wrapped with 'palas' leaves and cooked in santan...can be eat with served with curry @ rendang...

p/s: berbelanja secara berhemah dan tidak membazir sepanjang bulan Ramadan....mengamalkan kesederhanaan sepanjang bulan yang mulia ini....Perbelanjaan perlu dirancang dengan teliti bagi mengelakkan pembaziran agar penghayatan "puasa" menjadi lebih bermakna

Saturday, August 22, 2009

~ KiSaH TauLaDaN ~

~ perjuangan mempertahankan aqidah dan kasih sayang ~
Che Aminah Mohamad & Natrah

Sebelum ini, penulis tidak tahu siapa itu Natrah sehinggalah TV9 mengadakan temubual bicara tentang isu Natrah. Mastika keluaran September 2009 juga ada menyentuh isu ini....Persoalannya siapakahNatrah???Berikut ialah sedikit rintitan kisah hidupnya yang penuh menghayat hati...Perjuangan antara pegangan agama Islam dan Ibu bapa yang Kristian.

Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan Belanda. Natrah diserahkan kepada Che Aminah Mohamad untuk dipelihara. Pada ketika itu, Natrah berusia 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkannya kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Mak Minah merupakan seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Natrah dibesarkan dalam kehidupan, suasana dan pendidikan Islam.

Tragedi rusuhan Natrah bermula kerana kekecewaan penduduk Islam Tanah Melayu dan Singapura. Mulanya dengan rapat umum, kemudian bertukar menjadi rusuhan, demi menghalang usaha memurtadkan Natrah.Usaha tersebut gagal. Yang berlaku hanya kematian, cedera dan duka saudara seagama. Rusuhan itu berlaku apabila Bapa Natrah dibebaskan (1945) . Usaha mencari Natrah terus dibuat terutama di pulau Jawa, oleh pegawai-pegawai British dan Belanda. Waktu itu, ibu dan nenek Natrah telah pun kembali ke Belanda. Pada thn 1949, Natrah dijumpai dan setahun selepas itu, atas muslihat bapanya, Che Aminah membawa Natrah ke Singapura. Dan di Singapura lah, satu demi satu peristiwa menimpa Natrah. Keluar masuk mahkamah, diperintah ke rumah kebajikan, dituntut hak jagaan oleh bapa kandung dan Che Aminah sendiri, sehinggalah pada Ogos 1950, Natrah (13 thn) nekad bernikah dengan Cikgu Mansor Adabi (22 thn) demi 'menyelamatkan' diri.(Mansor Adabi bernikah dengan Natrah semata-mata ingin menjadi penjaganya. Tiada hubungan suami isteri yang terjadi antara mereka.)

natrah, mansor adabi, che aminah

Diringkaskan, tiada yang bahagia berlaku kepada Natrah sekembali ke Belanda. Dihalang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslimat, murtad, perkahwinan baru yang gagal, cubaan membunuh, hidup melarat, sakit dan sebagai...Tak lupa juga pada kesedihan Cikgu Mansor yang mendengar berita murtad Natrah..




p/s: Sebagai insan biasa, penulis berasa sungguh simpati dengan sejarah hidupnya. Darah, air mata dan pengorbanan telah menjadi warna warni dalam kehidupannya. Semoga Allah memberkati usaha Che Aminah dan Mansor..........

~ TeMaNku di BaKTi ~

Umum (terutama rakan-rakan MISDEV09) mengetahui yang teman sebilikku adalah pelajar PhD dari Iran. Seorang berfahaman Shafie dan seorang lagi berfahaman Syiah. Mereka berdua sangat baik dan lemah lembut. Kami akan masak bersama..borak-borak sebelum tidur tapi apa yang penulis ingin kongsi dengan rakan-rakan ialah perbezaan fahaman Syiah yang selamani penulis tidak tahu. TERIMA KASIH kepada SAHABAT (siapa namanya Biarlah Rahsia) penulis yang telah memberitahu penulis tentang sesuatu yang amat berharga..

Syiah merupakan salah satu fahaman yang lahir akibat daripada pergolakan politik. Pengikut Syiah terlalu mengagung-agungkan Saidina Ali sehingga menolak para sahabat Nabi dan yang paling kritikal ada yang mengatakan Jibril tersalah turunkan ayat AL-Quran kepada Nabi Muhammad sepatutnya kepada Ali (subhanallah)..


Aliran Syiah Islam berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua belas atau Ja'fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah (Twelvers /(اثنا عشرية iṯnāʿašariyya) yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq.
Surah Maryam: 69, Allah berfirman yang bermaksud,"Kemudian pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah


Namun apa yang paling mengejutkan penulis ialah berbezaan azan dalam fahaman Syiah dan Sunni. Dalam azan itu ada menyebut "AsshadunALIWALI Allah". Mintak-minta dijauhkan kami dari kesesatan seperti mereka.. penulis cuba upload video zan syiah namun tidak boleh.harap maaf.tetapi rakan-rakan dengan mudah boleh perolehinya di youtube.

Perbezaan Sunni dengan Syiah. Antara perbezaan yang boleh dilihat adalah seperti berikut:


  1. Khalifah diwasiatkan secara nas

  2. Imam adalah maksum berdasarkan firman Allah

  3. Saidina Ali adalah Pemimpin umat Islam setelah wafat Rasullah

  4. Mencela beberapa sahabat yang hampir kafir

  5. Menghalalkan nikah Muta'h(seperti nikah Misyar yang diamalkan mazhab Sunni)

  6. Menolak beberapa Ijmak ulama yang tidak bertanggungjawab

  7. Menolak Qias

  8. Menerima hadith yang diriwayatkan sebahagian Ahli Sunnah Wal-Jamaah

  9. Mengharuskan Jamak sembahyang dalam semua keadaan

p/s: jika ada kesilapan info sila bagitau penulis..

Thursday, August 20, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1430H






~ ProPoSaL ~

Tiba-tiba penulis rasa sangat takut.Hari penyerahan tajuk disertasi telah semakin dekat dan penulis merasakan ada beberapa masalah teknikal yang penulis harus hadapi. Pada mulanya, penulis ingin membuat kajian tentang Koperasi namun ada halangan yang telah melanda yang telah menyebabkan penulis mengubah skop kajian penulis.
Setelah bertanya dan mencari maklumat, akhirnya penulis telah memikirkan satu tajuk baru iaitu "Satu analisis kajian kes: Pengurusan Pembangunan Rohani dan Akhlak Anak-anak Yatim Islam di Pulau Pinang"
Islam amat menititikberatkan penjagaan hak anak yatim agar ianya terpelihara. Seperti Firman Allah yang mengingatkan kita agar menjaga hak anak yatim.
  • Al-Maaa’uun : Ayat 1-2 : “ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim
  • Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik(untukmengawaldan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :"Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya). (Hadis Riwayat Al-Bukhari juga meriwayatkan daripada dari Sahl bin Saad r.a)

Pernyataan Masalah: Anak yatim memerlukan tempat perlindungan bagi memastikan mereka mendapat perlindungan yang sepatutnya. Namun, yang menjadi persoalan di sini adalah apakah kaedah yang diamalkan oleh pihak pengurusan rumah anak yatim dalam pembangunan rohani dan akhlak anak-anak yatim tersebut? Adakah mereka mengamalkan kaedah pengurusan Islam atau konvensional dalam mengurus anak-anak yatim?


Objektif kajian:
  1. Untuk mengenalpasti kaedah pengurusan rumah anak-anak yatim Islam di Pulau Pinang.
  2. Untuk mengenalpasti kaedah pembangunan rohani dan akhlak anak-anak yatim Islam Pulau Pinang.

Persoalan Kajian:

Apakah kaedah pengurusan yang digunakan oleh pihak pengurusan Rumah Anak-anak Yatim Islam di Pulau Pinang?

  1. Adakah kaedah pengurusan yang diamalkan di rumah anak yatim tersebut selaras dengan kaedah pengurusan Islam?
  2. Apakah kaedah yang diamalkan oleh pihak pengurusan dalam mengurus dan membangunkan rohani dan akhlak anak-anak yatim.

Metodologi Kajian:

  1. Sorotan Karya
  2. Temu bual

Skop dan Batasan Kajian: Kajian ini tertumpu kepada rumah anak yatim terpilih iaitu di negeri Pulau Pinang.

p/s: penulis memerlukan pendapat rakan-rakan bagi menambah baik cadangan penulisan ini...tolong-tolongla komen huhuhu

Wednesday, August 19, 2009

~ INGRAW09 on 19 August 2009 ~

Today, 19 August 2009 was the last day of INGRAW 2009...alhamdullillah.with the bless of Allah..INGRAW2009 can be done smoothly.....

Early in the morning, i would like to attend the ethics session but i have to go to Sociology, Psychoterapy & Language at PRO Briefing Room. This session was conducted by Tuan Azura Raja Ismail and resource person was Dr Fatan Hamamah Yahaya.

Below are the topic and the Presenter:
a) Approaching Islamic Rituals: Geography, Politics and Sociology of Muslim Practices by Faisal KP.
b) Kaedah Psikoterapi Menurut Miskawayh by Siti Norlina Muhamad.
c) Penggunaan Ujian Kloz sebagai Alat Ukur Kebolehbacaan Bahan Bacaan Malaysia by Zulazhan Ab. Halim


----------------------------------------------------------------------------------

After that, on 11.30 am. Dr Mohamad Zaini Abu Bakar was giving his Keynote Address on Academic Integrity in Research. He had point out that there are 4 elements of an ideal academic integrity, they are:
a) good character - akhlaq
b) the intention - niyyat
c) the truth - haq
d) the patiance - sabar


-----------------------------------------------------------------------------------

2.30pm, i attend the Manegement, Human Development & education Session. It was really2 interesting topic. This session was conduct by Mrs Radieah while the resource person was Assc. Prof Dr Noor Shakirah Mat Akhir.

Below are the topic and the Presenter:
a) Management of Quality Human Development at the Islamic Religious Council of Singapore (MUIS): A Proposal by Mrs Shereeza Mohamed Saniff.
b) Nilai Profesionalisme dalam Pengurusan: Penelitian Menurut Perspektif Islam dan Konvensional by Hazwani Mohamd Nor
c) Masjid Sebagai Pusat Pendidikan Islam Di Singapura: Satu Pengamatan by Siti Noorasikin Tumiran.
d) Tazkiyah An-Nafs Dalam Pembangunan Berteraskan Islam by Muhammad Tahir.

--------------------------------------------------------------------------------------

Our Closing Ceremony start at 4.30pm by Prof Roshada Hashim, Dean of Institute of Graduate Studies (IPS) Universiti Sains Malaysia. I hope that all the participants and presentors gain some knowledge and use it for the right way.....MARDHATILLAH.....


p/s: Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Insyallah kalau umur panjang,
INGRAW10 bersua lagi.........

Tuesday, August 18, 2009

~ INGRAW09 on 18 August 2009 ~

Today, 18 August 2009 willbe the first day of INGRAW09 (The 4th ISDEV International Graduate Workshop) organised by Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV) and Institute of Graduate Studies (IPS) Universiti Sains Malaysia at USM's Conference Hall.

The event start sharp at 9am as usual with asma ul husna (the names of Allah)...and continued by Keynote Address I by Prof. Dr. Muhammad Syukri Salleh, Director of ISDEV USM.The topic was Academic Integrity In Writings. Prof. had state out some point as reminder to all academicians to give a good example to the student and the society. He also remind us that we are the leader in teaching; if the teacher himself cannot integrated in academic how can the student or society be what we want… (I’m sorry if I left out something)

In his presentation, Prof. stated out 5 foundations in academic integrity:
a) Honesty – in doing the job
b) Trust – academicians should trust each other
c) Fairness – fair in any decision making
d) Respect – respect opinion
e) Responsibility – also include it when you are admitting your mistake.
-----------------------------------------------------------------------
We can choose any session that we like to attend.The concurrent session was separated by topic. For the concurrent session I, i attent the Development Topic that conduct by Wan NorHaniza and the Resource Person was Dr Mohd Nizam Sahad. Below are the topic and the Presenter:
a) Kaedah Penyelesaian Konflik Aceh Dalam Perspektif Islam by Sukiman

b) Tafsir Mawdu'iy dalam kajian pembangunan berteraskan Islam:Satu tinjaun awal by Mohd Shukri Hanapi
c) Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam dalam Mukadimah Ibn Khaldun

d) Idealisme Pemikiran Pembangunan Rohani Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat by Zaleha Embong

**** untuk mengetahui ulasan tentang pembentangan ini sila layari laman web Dr Nizam di http://drnizam.com/2009/08/ingraw-2009-update/#more-62
-----------------------------------------------------------------------------
After Zuhur prayer, we continue with the concurrent session II. I choose to attend Politic issue. It was out from my field but i really2 want to see and hear the presentation and i really2 happy because i get some knew information. This session was conduct by Mr Sukiman and Dr Nailul Murad had became the resource Person.





Below are the topic and the Presenter:
a) Memahami Ideologi Politik Parti Keadilan Sejahtera (PKS) by Mr Warjio





b) Masyarakat Sivil Muslim Di Indonesia Setelah Reformasi by Mr Heri Kusmanto





c) Polemik Islam Hadhari : Satu Analisis by Mr Ismail Shafiee





d) Pandangan Beberapa Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terpilih Terhadap Islam HAdhari by Miss Suraya Ab Jaafar








INGRAW09 will be continue.....tomorrow 19 August 2009 at 9.00am at USM's Conference Room......

Monday, August 17, 2009

~ Manusia dan Organisasi ~

Manusia perlu bekerja sama ada dalam sesuatu organisasi atau secara individu untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberi sebagai hamba dan khalifah. Sejarah telah menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. sendiri bekerja untuk mencari rezeki. Dalam usia yang begitu muda telah menjadi pengembala kambing. Rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha sepertimana Firman Allah “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”..maka tidak cukup jelas lagi ke bahawa bekerja adalah sangat-sangat dituntut dalam Islam kerana ia dapat menghasilkan impak yang sangat besar.




Sejarah telah menunjukkan bahawa bekerjasama dalam satu pasukan mampu memperolehi kejayaan. Rasulullah s.a.w. telah berjaya mengubah struktur organisasi Jahiliyah kepada yang beriman iaitu perubahan daripada kufur kepada penyembahan Yang Esa saja.Rasullullah tidak melakukannya sendirian sebaliknya bersama-sama para sahabat yang beriman secara berperingkat. Dari secara bersembunyi sehinggalah kepada terang-terangan....Kita juga boleh mengaplikasikan kejayaan yang telah ditunjukkan oleh Nabi itu dalam bekerja iaitu bekerja secara istiqamah.Melakukan kerja-kerja harian dengan niat Lillahitaala..dan juga untuk memajukan diri sendiri....insyallah, hasil yang baik akan tersemai juga....




Bekerja dan berusaha secara berkelopok atau berorganisasi ini merupakan sesuatu yang tabii bagi manusia. kata Bapa Sosial "manusia adalah masyarakat yang berkelompok". Oleh itu, manusia adalah saling memerlukan dan saling melengkapi. Bekerja secara berkumpulan mampu mendatangkan hasil yang jauh lebih baik daripada kerja secara individu.



Walaubagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa bekerja dalam kumpulan mempunyai beberapa cabaran yang perlu dihadapi berbanding bekerja secara indivdu. Justeru, untuk memastikan kelestariann dan kejayaan dalam sesebuah organisasi memerlukan "guide line" @ peraturan asas organisasi yang dapat difahami dan diaplikasi oleh setiap individu dalam organisasi tersebut.




~ Influenza A (H1N1) ~


Sudah agak lama topik ini bermain-main di legar minda saya dan bibir pertuturan rakyat Malaysia...Pelbagai maklumat telah disalurkan kepada rakyat Malaysia berhubung isu ini melalui media...maklumat yang disalurkan tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menyedarkan kepada rakyat berapa pentingnya langkah pencegahan dalam mengatasi isu ini...bekerjasama dengan pihak berwajib dapat membantu mengurangkan penularan wabak ini....


Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).
Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.



Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan “swine flu” (selesema babi)?

Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara. Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.



Apakah gejala virus ini?

Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.



Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.


Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?
Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:


  1. Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak

  2. Berehat dan meminum banyak air

  3. Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.

  4. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol

  5. Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda

  6. Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul

  7. Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain

  8. Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan

  9. Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan


Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini?



  1. Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan

  2. Adab batuk yang baik (cough etiquette)

  3. Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap

  4. Pengudaraan dalam rumah yang baik

  5. Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital.

  6. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan

  7. Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.
    Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama

  8. Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru

  9. Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit

  10. Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat


Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?
Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1). Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan.
Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A(H1N1).


Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?
Buat masa ini terdapat dua jenis ubat antiviral iaitu oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir (Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu


***virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.


untuk maklumat lanjut sila layari http://h1n1.moh.gov.my/SoalanLazim.php atau berjumpa dengan pakar kesihatan anda..Hargai diri anda..kerana dirimu begitu BERHARGA...




p/s: kepada rakan-rakan, jangan terkejut atau tidak perasan bile berjumpa dengan raidah.Ini kerana saya memakai mask (langkah-langkah pencegahan)..i have to wear it because i mix around with people and i dont know who have it and not...but until today (17/08/09) i'm FREE of Influenza A (H1N1)...amin..alhamdulliah...semoga kita semua dipelihara olehNYA...


Sunday, August 16, 2009

~ Ayat-ayat Cinta ~

“Aku masih mencium bau surga. Wanginya merasuk ke dalam sukma.Aku ingin masuk ke dalamnya. Di sana aku berjanji akan mempersiapkan segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya kesucian dan kerelaan Tuhan selama-lamanya.”

Sambil terisak Aisha melantunkan ayat:Yaa ayyatuhan nafsul muthmainnahirji’ii ilaa Rabbikiraadhiyatan mardhiyyahFadkhulii fii ‘ibaadiiwadkhulii jannatii
(Hai jiwa yang tenang Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan hati puas lagi diredhai Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu Maka masuklah ke dalam surga-Ku.)...




-------------------------------------------------------------------------------------------------

saya tidak tahu kenapa saya ingin sangat menulis pasal novel dan movie ini...Ayat-ayat Cinta (Hasil Karya Habiburrahman el Shirazy)...saya sudah tonton wayang ni 5 kali (2 kali di panggung wayang & 3 kali di TV latest di TV 3 (15/8), novel baca sekali je)... karya ini sangat ringkas dan padat mesejnya...mudah difahami dan mudah diterima....

I would like to talk about this film in English...so that i can share it with my NON MALAY Friend..for them to understand it clearly...the beautiful of ISLAM and WAY TO BECOME A GOOD MUSLIM from a ISLAMIC MOVIE for them to know us correctly.....

Ayat Ayat Cinta is a beautifully portrayed Islamic love story – a tale of a virtuous Muslim protagonist who overcomes all obstacles of life maintaining pure ideals.Fahri bin Abdillah is a poor, intelligent student who wins a scholarship to complete his graduate degree at Egypt's esteemed Al Azhar University. Very disciplined and dedicated by nature, Fahri embraces his life in Cairo, completing his studies and translation of religious books with full enthusiasm, exactly according to pre-determined targets.Only one goal is left unattempted: the pursuit of marriage.
For Fahri is innocent and pure, and doesn't believe in the concept of relationships prior to marriage. He is inarticulate and shy around women. All his life, only two women have been close to him – his mother and grandmother.Life changes drastically in Egypt for he suddenly finds himself surrounded by four beautiful, distinctly different women.

Aisha, a German Turkish student in Cairo haunts Fahri with her beautiful eyes. Following an incident on the metro where Fahri defends her against narrow minded bigoted Muslims, both immediately develop feelings for each other. (she is my favorite role; rich and beautiful.Willing to sacrifice everything for Maria and Fahri even though she is very hurt. Don’t ask me how strong she is when crisis hits her, because I am really turned on! And her eyes are very hypnotic!!A woman with pride and rare beauty…)

Maria Girgis, a shy, open-minded Coptic-Christian neighbor who is attracted to the teachings of the Holy Al Quran, finds herself falling in love with Fahri (a fact she only reveals to her diary). (there is no obstacle for MUSLIM befriend with NON MUSLIM as long as MUSLIM know and obey the Islamic limits)


Nurul, a student at Al Azhar like Fahri, is the Muslim daughter of a renowned Indonesian cleric. Fahri feels unworthy of her and thus ignores his feelings for her, leaving her confused and guessing.

Noura, an abused Egyptian neighbor, develops strong romantic feelings for Fahri, who in turn simply sympathizes with her situation. His romantic rejection destroys her and eventually leads to a false accusation of rape. (woman lays on high spot in ISLAM...The heaven under mother's footprint...so it is not true when other people said that MUSLIMAH is discriminate. there is a lot of law and way is Islam to protect women)

As the story unravels, the protagonist makes the audience face the daunting decisions he himself faces, and forces us to marvel at his undying loyalty to the true ideals of Islam as he ultimately makes the choice of a lifetime.

------------------------------------------------------------------------------------------------
there's a lot of moral values that we can learn from this movie..

  1. it teach us to understand the way of MUSLIM to continue ISLAMIC LIFE and the TEST that we need to face...the purpose of the TEST is to make us come back to ALLAH....
  2. Patient (sabar) and sincere (ikhlas) is ISLAM
  3. Match (jodoh) is Allah secret
  4. Taaruf - to know your match criteria (it is not same like dating and so forth...it is ordained by Rasulullah SAW for couple who want to marriedbut with some condition...
  5. Trust was something well considered in Islam. trustee will be looked upon honourable although he deceased.
  6. Upholding truth sometimes have to pass through some difficulty. However if we believe the power ALLH, of course we can get through it.
  7. ISLAM do not allow we to hurt human beings whether MUSLIM @ NON MUSLIM.

Friday, August 14, 2009

~ DuGaaN Dlm KaJiaN LaPanGaN & KerJa ~

Minggu ni merupakan minggu yang agak menyibukkan saya...sibuk sebab ramai junior yang konvo termasuklah rakan-rakan sekelas ISDEV...Tahniahlah kepada mereka.....namun apa yang diluahkan di sini...dugaan dan rintangan yang melanda...banyak gak..istifar je la banyak-banyak..moga-moga diampunkan segala dosa....amin.......... Minggu ni juga merupakan dateline bagi segala kerja grafik saya huhuhu (walaupun dateline da dekat..dan lagi main game hehehehe)
"Sesungguhnya suatu pekerjaan itu bergantung atau dikira pada niatnya."maka saya telah diingatkan agar memulakan hari kerja dan kuliah dengan niat yang betul agar sentiasa berada di landasanNYA.ini kerana Allah berfirman "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan, meskipun seberat zarah, akan dilihatNya (balasan) kejahatan itu."

namun dalam kita berhati-hati dalam melaksanakan tugas, kita juga tidak akan dapat lari daripada dugaanNYA...namun DIA tidak akan menduga kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu.seperti mana Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah : 286, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya”. Dugaan yang hadir hanya akan menambahkan lagi kekuatan pada diri untuk meneruskan amanah yang telah dilandaskan di bahu ini....Dengan adanya dugaan dan rintangan dalam melaksanakan amanah, ia juga mampu menjadi alat dalam kita meMUHASABAHkan diri sendiri....



Raidah nak mulakan ngan dugaan saman/kompaun. Pada post yang lepas,saya ada cerita yang kumpulan kami telah dikompaun kerana gagal meletakkan kupon kenderaan..kami xtau yang tempat parking depan Hotel El-Zahraa Inn kena pamir kupon sebab kami memang tak nampak tanda yang amaran mempamerkan kupon huhuh punyalah semangat nak cari "macha" parking (tukang jaga parking) tup2 syikin cakap: "ni saman la cikRai"..terkejutlah sangat..tapi xpela...tu semua dugaan kami semasa melakukan kajian lapangan...walaubagaimanapun, kami sempat gak p makan Radix Fried Chicken(RFC)..sedap sehingga menjilat jari (pnjam tradmark KFC)hehehehe walhal dalam hati (Allah saja yang tau) dok berdoa...janganla kena saman lagi dan doa kami dimakbulkan....amin...

alhamdulillah...hari ini, raidah telah diberi kesempatan untuk menjelaskan kompaun tersebut....RM30 jika dibayar dalam masa 14 hari....huhuhu






Dugaan kedua yang telah melanda saya pada minggu ialah pemBATALan program kami yang sepatutnya diadakan di Putrajaya pada 16 Ogos 2009 ini...Pertandingan Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan Ke-52 Peringkat Kebangsaan 2009....
Program ini diBATALKAN gara-gara penularan H1N1 yang semakin membimbangkan..huhuhu persiapan sudah dikatakan hampir siap (60% ready) tapi apakan daya...keselamatan dan kesihatan sejagat lebih perlu diutamakan.....terkilan la juga sebab banyak kerja yang telah dipersiapkan (kerana nak kejar dateline, ofis kami macam kene langgar ribut) namun saya yakin. mesti ada HIKMAH disebalik pembatalan program ini... dan saya teringat pesanan kawan saya "Sesungguhnya Allah itu suka jika seseorang daripada kamu membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun dan sebaik-baiknya" mudah-mudahan kerja saya mendapat barakah dariNYA...amin..

p/s: kepada rakan0rakan..tabahkanlah hati dan kuatkanlah iman dan tenagkanlah diri semasa berhadapan dengan dugaan dan cabaran daripaNYA....


Thursday, August 13, 2009

~ Game...Game...Game...~

Sepanjang minggu yang lalu, saya telah ketagih (addict) dengan permainan yang ditawarkan di facebook...kak Jumie yang telah memperkenalkan game di facebook kepada saya..(thanks to you kerana memperkenalkan kpd saya cara belajar bercucuk tanam dan selalu jaga tanaman saya)...ketagihan saya sudah berada di tahap yang agak maksimum...pelbagai permainan yang ditawarkan oleh facebook telah dijelajah (explore) oleh saya...namun yang menjadi ketagihan ketara saya ialah aktiviti bercucuk tanam.pelbagai tanaman yang boleh ditanam dan pelbagai ternakan yang boleh diternak.....walaupun saya hanya berkebun dalam dunia maya, namun raidah dapat rasa keseronokannya sebab raidah tak de kampung..since small i stay in town so pengalaman bercucuk tanam sangat menyeronokkan...

selain itu, permainan yang saya main juga dapat membantu saya mengurangkan tekanan dalam mencari idea dalam menulis..setelah penat membaca apa salahnya kita berehat sebentar bermain game hehehehe sebab saya tidak boleh berehat dengan kitkat huhu (nanti bertambah bulat)... selain itu, ikatan ukhwah yang terjalin di kalangan rakan maya juga menjadi bertambah erat. kami dapat berkongsi idea dan pandangan dalam menambahkan pendapatan dan saling menjaga hasil tanaman kami....



1. Farm Ville - hasil tanaman dan ternakan saya...meriah sangat..jiran2 pun baik...





2. Country Story - Hasil tanaman yang boleh dikutip...

P/s: kepada rakan2...ramai2lah kita memeriahkan permainan di facebook..hehehehehe



Tuesday, August 11, 2009

~ Tarikh Lahirku dalam Tahun Islam ~

Bulan kelahiran Islam saya adalah pada 17 Ramadhan 1405 Hijrah iaitu jatuh pada hari Khamis...maknanya, tidak lama lagi saya akan menyambut hari lahir saya yang ke 25 tahun dalam kalendar Islam(tp dlm kalendar lunar baru 24 thn huhuhu)...kesian mak saya pada 25 tahun yang lalu, orang lain sibuk beraya dan makan ketupat, mak saya sibuk berpantang dan bertunku huhuhu



"ramda", yang bermaksud batu panas, kemudian dipanggil Ramadhan. nama tersebut diberikan kerana pada waktu itu cuaca amat panas. dan secara kebetulan nama saya ialah Raidah..tapi menurut Puti, nama saya perlu disebut ra i dah (bermaksud pelopor) bukan raidah....




Sifat: Anda baik, pendiam dan suka merendah diri. Anda tidak angkuh kepada teman-teman yang dikenali. Anda tidak suka menonjolkan diri. Kehidupan anda selalu selamat.



R : Anda seorang yang gemar bersosial.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
I : Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.
D : Sukar mempercayai orang lain.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
H : Anda tidak suka menghakimi sesuatu/orang


ini hanyalah data yang saya perolehi daripada facebook..hanya sekadar ingin berkongsi....




p/s: gemar bersosial???mungkin itu saya di social sciences hehehe...ada komen????



~Konvokesyen~

Minggu ini adalah minggu konvosyen USM. Upacara Konvokesyen Ke-40, Universiti Sains Malaysia (USM) akan bermula pada hari Rabu, 12 Ogos 2009 dan berakhir pada hari Ahad, 16 Ogos 2009 di Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Pulau Pinang.
Perasmian ConvEx akan diadakan pada hari Selasa, 11 Ogos 2009, jam 10.00 malam.




Maka dengan segala dukacitanya mengumumkan...kelas ISDEV sepanjang minggu ini diBATALkan......huhuhuhu marilah ramai-ramai kita memeriahkan tapak konvo..jangan membazir apabila membeli belah...beli mengikut keperluan dan kemampuan.....
Sidang Ketiga, Khamis, 13 Ogos 2009,
9.00 pagi
Pengerusi: Tan Sri Razali Ismail
SM Sains Kemasyarakatan
p/s: Tahniah kepada Lenny, Che Khadijah, Salima, Ieffa dan Rizal...semoga konvokesyen ini akan mejadi pencetus kepada semangat kalian dalam meneruskan pengajian ISDEV...



Raidah mohon sekiranya ada nama rakan2 yang konvo yang raidah tidak nyatakan...semoga segala apa yang dicitakan diberkatiNya dan dimakbulkanNya....amin..















Monday, August 10, 2009

~ LaWaTaN KaJiaN ke HoTeL eL Zahraa Inn ~

Pada 10 Ogos (Ahad) yang lalu, kumpulan kami (Raidah,Lenny,Shafiza dan Asyikin) telah melakukan musafir pendek ke Sungai Petani untuk menuju ke Hotel el-Zahraa Inn. Perjalanan kami mengambil masa selama 40 minit saja. Kami bertolak jam 9 dari USM dan tiba pada jam 9.40pagi...untuk maklumat lanjut sila layari http://duniaherbahpa.com/2009/07/hotel-el-zahraa-inn-telah-dibuka/
pandangan depan Hotel El-Zahraa Inn


Perasaan saya pada waktu itu tersangatla teruja..ini kerana kami akan menemuramah pihak pengurusan hotel dan ini juga merupakan field work pertama saya setelah jadi MISDEV...Namun ada berita yang agak menyedihkan apabila En Khir, pegawai yang selalu kami berurusan tidak dapat meneruskan sesi temubual kerena urusan yang tidak dapat dielakkan namun telah dengan pembantu belaiu iaitu En Mohd Saruri.



pandangan pintu gerbang Hotel el-Zahraa Inn



Kami sangatlah kagum dengan keindahan dan kemegahan design dalaman hotel tersebut. Bercirikan Timur Tengah dan Mewah...Keadaan hotel yang bersih dan kemas juga telah menarik minat kami untuk berjalan-jalan dan meninjau sekeliling hotel sementara menunggu Pembantu en Khir. asma ul husna turut dipasangkan di ruang lobi



Setelah meninjau-ninjau sendiri keadaan hotel lebih kurang 20 minit, tiba-tiba kami dijemput memasuki bilik khas tetamu untuk memulakan temubual kami. Kami telah diperkenalkan dengan En Sururi selaku pembantu En Khir dan penyelis hotel. Beliau telah memberikan kerjasama yang sangat baik. Kami memulakan temubual tersebut dengan memperkenalkan diri kami dimulakan dengan ketua kumpulan k.Shafiza dan lain2. kami turut menyatakan tujuan mengadakan lawatan kajian dan mengapa kami memilih hotel el-zahraa inn.

En Mohd Sururi dengan khusyuknya mendengar penjelasan dari Kak Shafiza

Temubual kami telah berlangsung lebih kurang 45 minit...pelbagai persoalan telah ditujukan kepada En Sururi dan beliau telah menerangkan dengan begitu baik sekali malah beliau tidak menghalang sekiranya kami akan berhubung lagi selepas ini untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kami juga telah melakuka n sedikit perbincangan agar kami lebih memahami pengoperasian hotel el zahraa inn. Sebelum kami mengundurkan diri.kami telah memohon izin agar kami diberi kesempatan untuk meni jau sendiri bilik-bilik yang ditawarkan kepada pelanggan dan En Sururi dengan senang hati membawa kami melawat bilik-bilik tersebut. sepanjang peninjauan kami ke bilik-bilik tersebut, kami semua sangat kagum dengan keindahan dan kekemasan bilik hotel...sangat cantik....Sebelum kami mengundurkan diri, kami telah mengambil gambar sebagai kenang-kenangan bersama pihak hotel....Terima kasih kepada kakitangan hotel el Zahraa Inn yang sangat bekerjasama...semoga segala usaha kita diberkhatinya....

sedikit cenderamata dari pihak kami kpd pihak hotel



pihak hotel juga memberi kami cenderamata


P/s: salah satu kenangan yang raidah xkan lupa ialah kami telah disaman oleh pihak bandaraya Sungai Petani kerana tidak mempamerkan kupon , RM 30 huhuhu dugaan.......

Friday, August 7, 2009

~ Pembentangan pelajar PhD ~

Pada hari ini, 7 Ogos 2009, kami semua dijemput menghadiri Pembentangan Thesis Ijazah Doktor Falsafah Pak Sukiman......Tajuk thesis Pak Sukiman ialah Kaedah Pembangunan Aceh Pasca Tsunami Ke Arah Pembangunan Berteraskan Islam.Penyelia utama Pak Sukiman ialah Prof Syukri manakala penyelia bersama Dr Muhammad Khairul Anwar....

Saya sangat tertarik dengan cara Pak Sukiman membentangkan thesisnya..beliau sangatla bersemangat dan beremosi..umpama kata Prof itu yang memberi kelebihan kepada beliau kerana bila kita minat dan berkomitmen terhadap tajuk yang kita pilih maka kita akan keluarkan segala komitmen dan minat tersebut..banyak pengetahuan dan ilmu baru yang raidah dapat pada hari ini...seperti sejarah kebesaran/kegemilangan Aceh selain digelar serambi Mekah ia juga mempunyai Sultan yang sangat berwibawa - Sultan Iskandar Shah.Namun semua tu hanyalah tinggal kenangan (sila klik untuk maklumat lanjut: http://www.acehinstitute.org/opini_hafas_furqani_aceh_dan_kesadaran_sejarah.htm)Moga-moga moga-moga zaman kegemilangan Aceh sebagai serambi Mekah akan dikembalikan =) insyallah....




inilah Masjid Baiturahman-Aceh yang diceritakan oleh Pak Sukiman..ini sebelum Tsunami


ini pula keadaan di hadapan Masjid Baiturahman-Aceh selepas tsunami


imej terbaru Masjid Baiturrahman. Sekali pandang nampak seolah-olah tidak pernah terjadi apa-apa pada masjid itu sedangkan hakikatnya, masjid itulah saksi di mana ribuan manusia terbujur kaku di sekelilingnya

Setelah Pak Sukiman selesai membuat pembentangan, maka tibalah masa pengkritik untuk memberi pendapat...Dr Zahri mengatakan bahawa isi kandungan Pak Sukiman sudah memadai dan sorotan karyanya sangat bagus cuma ada beberapa kesilapan teknikal yang perlu diperbaiki. Dr Zahri juga meminta Pak Sukiman agar memperhalusi atau menekan beberapa tajuk kerana dia tidak nampak dengan jelas pak Sukiman menjawab persoalan tersebut dan Prof Syukri mencadangkan agar ditekan di bab penutup. Manakala Dr Sukainah pula memberitahu beberapa perkara penting seperti konsistensi dalam menulis bibliografi dan rujukan..cara-cara hendak kod penyataan melalui buku dan kesinambungan dalam membuat nota kaki. Selain itu, Prof Syukri juga mengingatkan kami semua agar memastikan segala ejaan dieja dengan betul dan menggalakkan kami mempunyai software dewan eja....





Pengkritik thesis Pak Sukiman: Dr Sukainah & Dr Zahri





p/s: setelah melihat Pak Sukiman membuat pembentangan, tetiba terdetik di hati: "mampu ke aku nak buat macam tu???"..di mana ada usaha di situ ada hasil (ciptaan sendiri)




Thursday, August 6, 2009

~ KeNanGaN RaMaDhaN ~

Pejam celik pejam celik, hari ini sudah 14 Syaaban...maknanya 14 hari saja lagi akan menjelangnya bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan...bercakap tentang bulan ramadhan..apa yang dirindui ialah keluarga di kampung terutamanya masakan abah pada waktu berbuka dan masakan mak pada waktu bersahur.kami juga akan sama ke masjid melakukan terawih(moga-moga tahun ini saya diberi kesempatan lebih kerana tahun lepas banyak tertinggal gara-gara tugasan luar)....tahun ini merupakan tahun ke-4 saya merantau di Pulau Pinang dan tahun ke-4 jugalah saya akan berpuasa di sini.......


Namun, pada tahun lepas. saya telah bekerja selama 3 bulan di bahagian Program sebagai Programme Oficer di Yayasan Budi Penyanyang Malaysia. (kalau nak tau selanjutnya klik la sini http://www.penyayang.org.my/)... Di YBPM, raidah telah menimba pelbagai pengalaman dan kenangan manis da pahit..salah satu kenangan terindah bekerja di sana ialah Raidah terlibat dalam program "Utusan Penyayang"... secara ringkasnya, dapatlah dikatakan bahawa kami akan ke rumah orang2 susah terpilih untuk menghulurkan bantuan makanan berbuka dan bersahur dan sedikit keperluan harian dan sumbangan ikhlas.



inilah pasukan kami...Utusan Penyayang...menjadi orang perantaraan membantu mereka yang memerlukan bantuan

Pelbagai perasaan dirasai semasa melawat mereka.yang paling raidah xboleh lupa ialah melawat adik yang menghidap tumor di kepala (ada air di dalam kepalanya) yang menyebabkan kepalanya membesar namun adik tersebut tetap hidup ceria dan seronok bile kami melawatnya..ibunya juga tabah menjaganya..

Kawan2..marilah kita sama-sama berdoa agar adik ini cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupannya...kalau raidah xsilap.umurnya 9 tahun.




selain itu, ada juga seorang ibu yang sangat baik hati yang telah menjaga seorang ibu tunggal yang ditinggalkan suaminya...Ibu yang ditinggalkan suaminya itu warganegara Indonesia...anak-anaknya sangatlah comel dan baik.....moga-moga nasib anak-anak ini mampu dipelihara dan dapat menyumbang ke arah kebaikan.




Ketabahan seorang ibu kelainan upaya membersarkan anaknya dan anak saudara sangat menyentuh hati...anak-anaknya sangat baik dan memahami kekurangan ibunya. walaupun mereka masih kecil namun mereka seperti mengerti apa yang dilalui oleh ibu mereka.





Kebiasaanya, kami akan berbuka puasa di rumah terakhir yang akan kami kunjungi...untuk sama-sama merasai erti kehidupan mereka dan perjuangan mereka dalam menunaikan ibadah dalam kehidupan mereka....


p/s: kepada pasukan Sahabat Penyayang...jika tahun ini masih ada tradisi ini...jika raidah diberi kesempatan..insyallah raidah akan terlibat..seperti kata seorang ibu: "kunjungan kamu lebih bermakna daripada makanan dan bantuan yang dihantar nak"...ini jelas menunjukkan mereka berasa senang dengan kedatangan sahabat Penyayang...jika kita membuat seseorang senang hati maka insyallah...Allah juga akan menyenangkan kita...sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Penyayang......

MuTiaRa KaTa

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Berakhlaklah dgn AKHLAK ALLAH(asma ul husna)

Orang yg TAKUT kpd ALLAH ialah org BERILMU

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat (Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

background blog

Followers